Bengkel Penulisan Psikologi Siri 2 | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Bengkel Penulisan Psikologi Siri 2

Bengkel Penulisan Psikologi Siri 2

SERDANG, 30 Mac - Bengkel Penulisan Psikologi Siri 2 yang telah dilaksanakan pada 4-6 Mac 2024 pada hari Isnin hingga Rabu bermula jam 9.00 pagi sehingga 4.30 petang yang bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Kaunseling UPM, ruang kerja Kaunselor dan Bilik Latihan 2 My Ageing UPM. Bengkel Penulisan Psikologi ini merupakan satu platform untuk mengumpulkan penulisan-penulisan psikologi daripada kaunselor-kaunselor Bahagian Kaunseling UPM. Antara tema penulisan adalah keluarga, perkahwinan, kesihatan mental, intervensi kaunseling, budaya hidup sihat, kerjaya, persediaan kerjaya, perhubungan dan cinta, terapi dan kepemimpinan. Pelaksanaan bengkel ini dapat pemperkayakan hasil kualiti penulisan Pegawai Psikologi BKUPM untuk tujuan keterlihatan di laman web BKUPM atau media sosial BKUPM, pewujudan data bank psikologi dapat mengatur dan keperluan publisiti artikel di laman web secara tahunan, menyelaraskan dan meningkatkan kuantiti publisiti di laman web dan media sosial BKUPM secara keseluruhan, sebagai hub rujukan warga BKUPM khusus buat pelajar dan staf dalam membantu pencarian dan penerimaan maklumat-maklumat berkenaan kaunseling dan psikologi secara digital iaitu di platform rasmi laman sesawang dan media sosial BKUPM, mempertingkatkan ‘visibility’ profesion dan produk kaunselor BKUPM dan mempertingkatkan ke arah usaha agar kandungan laman web PTJ membantu KPI dan hasrat UPM dalam pengurusan laman web UPM.

Seramai 12 orang Pegawai Psikologi dan 5 staf selaku urusetia pelaksana bengkel yang menghadiri ke bengkel ini. Program bengkel ini dimulakan dengan taklimat ringkas bagi pengagihan topik penulisan Kaunselor, pelarasan format penulisan dan pemakluman pelaporan berita program/aktiviti seksyen. Sambungan aktiviti dengan penulisan artikel, ‘tip dan petua’ dan artikel ‘Betul ke Kaunselor?’, suntingan akhir artikel bersama kumpulan seksyen BKUPM dan pengumpulan penulisan ke data bank psikologi di Google Drive.

Wakil urusetia program, Puan Ayna Marliana binti Mohamad Sari menyatakan "Ucapan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Pegawai Psikologi di Bahagian Kaunseling UPM atas komitmen yang tinggi dalam menjayakan Bengkel Penulisan Psikologi Siri 2 dan semoga bengkel ini dapat diteruskan pada masa akan datang".

 

 

 

  

Tarikh Input: 31/03/2024 | Kemaskini: 31/03/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXFBAAQ~