BENGKEL TRAINING OF TRANSFER KNOWLEDGE : KAD PEMBINAAN KERJAYA | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » BENGKEL TRAINING OF TRANSFER KNOWLEDGE : KAD PEMBINAAN KERJAYA

BENGKEL TRAINING OF TRANSFER KNOWLEDGE : KAD PEMBINAAN KERJAYA

UPM Serdang, 5 Disember – Bengkel Training of Transfer Knowedge (TOTK) : Kad Pembinaan Kerjaya (KPK) merupakan program yang dijalankan oleh Unit Pembangunan Kerjaya, Bahagian Kaunseling UPM. Program KPK ini adalah untuk memberi pengetahuan dan pemahaman tentang penggunaan Kad Pembinaan Kerjaya sebagai alat aktiviti dalam proses kaunseling dan bimbingan kerjaya bersama klien atau pelajar.

Program KPK ini dilaksanakan pada 5 Disember 2023 hari Selasa bermula jam 10.00 pagi sehingga 1.00 petang yang bertempat di Bilik Mesyuarat, Bahagian Kaunseling UPM. Program KPK ini dijalankan secara simulasi penggunaan Kad Pembinaan Kerjaya. Oleh itu, peserta telah didedahkan berkenaan Kad Pembinaan Kerjaya, manual penggunaan dan juga Jurnal Kerjaya. Semua peserta yang terdiri daripada kaunselor dan kaunselor pelatih mampu mentadbir Kad Pembinaan Kerjaya ini dengan baik setelah hadir program ini. Seramai enam (6) orang kaunselor daripada Bahagian Kaunseling UPM dan enam (6) orang kaunselor pelatih dari pelbagai kolej kediaman. Melalui program KPK ini, kaunselor menerima pemahaman dan tambahan teknik dalam membuat penerokaan dalam proses kaunseling dan bimbingan kerjaya secara interaktif dan efektif. Demikian juga, Kaunselor boleh menggunakan KPK ini sebagai alat aktiviti yang menyeronokkan dan sesuai buat pelajar yang pasif.

Dengan harapan oleh Penyelaras Program, Puan Syarifah Sheril Azlin binti Syed Baharin selaku Ketua Unit Pembangunan Kerjaya menyatakan “Bersyukur kehadrat Illahi kerana bengkel ini dapat dijalankan dengan lancar dan semoga penggunaan KPK ini dapat digunakan secara menyeluruh kepada semua kaunselor dan pelajar. Begitu juga, dengan harapan agar bengkel TOTK : KPK ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang dengan pelbagai aktiviti yang lebih menarik dan dapat mempertingkatkan daya kualiti seseorang individu.”

 

 

   

 

Gambar: Aktiviti Bengkel TOTK : KPK yang dilaksanakan pada 5 Disember 2023

Tarikh Input: 27/12/2023 | Kemaskini: 27/12/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeVAa~