Bimbingan Kelompok Kepada OKU | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Bimbingan Kelompok kepada OKU

Bimbingan Kelompok kepada OKU

UPM Serdang - Seramai 10 orang pelajar OKU telah menghadiri Bimbingan Kelompok Kerjaya yang telah dianjurkan oleh Seksyen Kaunseling Kerjaya pada 16 Septermber yang lalu. Program ini dijalankan secara dalam talian iaitu melalui Aplikasi Zoom BKUPM. Sesi Bimbingan Kelompok ini dikendalikan oleh Puan Syarifah Sheril Azlin Syed Baharin berperanan sebagai ketua kelompok dan Encik Danial Fikri sebagai pembantu ketua kelompok.

Sepanjang sesi bimbingan ini berlangsung, pelbagai isu kerjaya dibincangkan khususnya propektif kerjaya bagi mereka yang kategori Orang Kurang Upaya (OKU).  Setiap ahli kelompok sangat terbuka untuk membincangkan perancangan kerjaya serta pembinaan strategi dalam perkembangan kerjaya masing-masing. Melalui sesi bimbingan ini juga, setiap ahli kelompok berpeluang untuk menjawab soal selidik pembinaan kerjaya yang mana soal selidik ini diadaptasi daripada soal selidik yang dibina oleh pakar kerjaya iaitu Mark Savickas (2018).

Hasil daripada keputusan skor soal selidik berkenaan, ahli kelompok telah berbincang bersama-sama bagi memberikan manfaat kepada semua ahli dan mereka mampu membina kerjaya selepas ini dengan lebih baik. Keputusan skor soal selidik berkenaan terbahagi kepada empat sub-dominan iaitu pembentukan personaliti dan diri, penerokaan kerjaya, pembuat keputusan kerjaya dan perancangan dan persediaan kerjaya. Bimbingan kelompok berkenaan berjalan dengan lancar selama 2 jam. Para peserta juga berharap sesi bimbingan ini dapat diadakan pada masa akan datang.

Tarikh Input: 19/09/2022 | Kemaskini: 19/09/2022 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeVAI~