BKUPM Ambil Langkah Proaktif Berdepan Covid-19 | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » BKUPM Ambil Langkah Proaktif Berdepan Covid-19

BKUPM Ambil Langkah Proaktif Berdepan Covid-19

Serdang - Penularan coronavirus (covid-19) dalam negara membimbangkan semua pihak. Malah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) baru-baru ini, telah menjadi normal baharu terutamanya dalam  perkhidmatan sesi kaunseling dan bimbingan.

 

Sebelum ini, perkhidmatan sesi kaunseling secara bersemuka dijalankan dengan menggunakan prosedur standard menurut keperluan kaunselor dan klien dalam menjalankan sesi kaunseling dan bimbingan. Justeru, satu Garis Panduan khusus pengendalian sesi kaunseling dan bimbingan secara bersemuka dan sesi secara atas talian dalam tempoh menangani wabak covid-19.  Garis panduan ini dibangunkan hasil perbincangan bersama kaunselor-kaunselor selari dengan keperluan yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan serta Majlis Keselamatan Negara sejajar dengan keperluan dan etika profesional kaunseling.

 

Melalui garis panduan yang dibina, kaunselor dan klien boleh menjalankan sesi kaunseling dan bimbingan tanpa merisaukan ancaman covid-19. Malah, garis panduan yang dibina ini adalah selari dengan kehendak dan keperluan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia.

 

Garis Panduan Pengendalian Sesi Kaunseling/Bimbingan secara Bersemuka dan Garis Panduan Sesi Kaunseling/Bimbingan Atas Talian ini akan digunapakai oleh semua kaunselor BKUPM dalam tempoh mendepani covid-19. Justeru, menjadi kewajipan kaunselor untuk membantu warga Universiti Putra Malaysia berhadapan dengan isu-isu kendiri yang mana terkesan sebagaimana daripada penularan covid-19. Tugas sebagai kaunselor tidak akan terhenti meskipun wujud ancaman daripada covid-19. Pendekatan baru ini dilihat lebih praktikal, mudah dan tidak membebani kaunselor mahupun klien. 

Tarikh Input: 11/08/2020 | Kemaskini: 11/08/2020 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeUAj~