BKUPM Anjur Mesyuarat Dan Bengkel Pelan Strategik MAKUMA | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » BKUPM Anjur Mesyuarat Dan Bengkel Pelan Strategik MAKUMA

BKUPM Anjur Mesyuarat Dan Bengkel Pelan Strategik MAKUMA

 

Putrajaya - 13 April -  Bahagian Kaunseling UPM, Universiti Putra Malaysia selaku sekteriat Majlis Kaunseling dan Kerjaya Universiti Awam Malaysia (MAKUMA) telah berjaya menganjurkan mesyuarat MAKUMA yang ke 49.

Mesyuarat tersebut telah berjalan dengan lancar, dengan dipengerusikan oleh Puan Noorizai Mohd Noor, Ketua Pentadbir Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UPM. Mesyuarat tersebut telah membincangkan mengenai program-program kaunseling dan kerjaya, hala tuju dan perkembangan isu semasa. Ahli mesyuarat terdiri dari 35 orang perwakilan, yang mewakili Pusat Kaunseling dan Kerjaya Universiti masing-masing. Turut menghadiri mesyuarat sebagai jemputan adalah dua orang pegawai dari Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pada 12 April (Jumaat) satu pra mesyuarat terlebih dahulu dijalankan. Manakala aturacara program turut diisi dengan bengkel perancangan pelan strategik MAKUMA pada petang 13 April dan Pagi 14 April. Majlis diserikan dengan jamuan amalam yang ditaja oleh Universiti Kebangsaan Malaysia.

MAKUMA adalah diharapkan dapat menjadi wadah perkongsian untuk melahirkan pelajar yang sejahtera emosi, kognitif dan intelektual.

 

  

   

Tarikh Input: 16/04/2019 | Kemaskini: 19/04/2019 | ah_haniff

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXETPAT~