BKUPM Ke CQA Demi Memanifestasikan Komitmen EKSA | BAHAGIAN KAUNSELING UPM bkupm
» BERITA » BKUPM ke CQA Demi Memanifestasikan Komitmen EKSA

BKUPM ke CQA Demi Memanifestasikan Komitmen EKSA

Oleh : Puan Anis Akmilah Mat Hassan

SERDANG, 10 Jun - Dalam usaha berterusan memartabatkan budaya kerja berkualiti tinggi dan mewujudkan persekitaran kerja yang dinamik, Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (BKUPM) telah melangkah setapak lagi dengan menjayakan Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke Pusat Jaminan Kualiti (CQA) baru-baru ini pada 9 Jun yang lalu.

Lawatan yang berlangsung dengan penuh pengisian ini telah disertai seramai 24 orang warga BKUPM, merangkumi barisan staf pengurusan, kaunselor berdaftar, serta para kaunselor pelatih yang sedang menjalani latihan industri di bahagian tersebut. Lawatan ini bertujuan untuk meneliti penanda aras, mempelajari amalan terbaik, serta berkongsi idea kreatif bagi memperkukuh pelaksanaan budaya EKSA yang lebih sistematik di ruang kerja BKUPM.

Kehadiran delegasi telah disambut mesra oleh warga kerja CQA yang menyatakan rasa gembira atas jalinan kerjasama antara PTJ ini. Agenda lawatan kemudiannya diteruskan dengan sesi taklimat eksklusif. Dalam slot tersebut, pihak CQA telah membentangkan hasil dapatan, anugerah, serta idea-idea kreativiti unik yang telah mereka bangunkan khusus demi mengekalkan piawaian EKSA yang tinggi.

Menurut Pengerusi EKSA BKUPM, Dr. Ansarul, lawatan ke CQA ini diharapkan dapat mencetuskan idea baharu kepada warganya demi memperkukuh dan mempergiat momentum pemerkasaan EKSA di peringkat bahagian.

Sebelum pulang, warga BKUPM dibawa melawat ke lokasi-lokasi strategik di seluruh pejabat CQA. Sesi ini menjadi lebih interaktif apabila Pegawai yang bertanggungjawab di zon masing-masing memberikan penerangan terperinci mengenai pengurusan fail, penjimatan tenaga, dan susun atur ruang moden. Maklum balas dan inspirasi daripada lawatan ini dijangka bakal diaplikasikan segera bagi melonjakkan kualiti persekitaran kondusif di BKUPM.

Tarikh Input: 29/06/2026 | Kemaskini: 20/07/2026 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
W, (04:55:11pm-05:00:11pm, 11 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]