BKUPM Lancar Aplikasi Putra Wellness Tracker & Buku Hala Tuju Kerjaya Mendepani Isu Kesihatan Mental Dan Kerjaya | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » BKUPM Lancar Aplikasi Putra Wellness Tracker & Buku Hala Tuju Kerjaya Mendepani Isu Kesihatan Mental dan Kerjaya

BKUPM Lancar Aplikasi Putra Wellness Tracker & Buku Hala Tuju Kerjaya Mendepani Isu Kesihatan Mental dan Kerjaya

UPM SERDANG, 21 OKTOBER – Bahagian Kaunseling UPM (BKUPM) telah melancarkan aplikasi Putra-Wellness Tracker dan Buku Halatuju Kerjaya Sempena Seminar Kaunseling Belia Kebangsaan 2022.

Aplikasi Putra Wellness Tracker dan Buku Halatuju Kerjaya telah dilancarkan oleh Timbalan Pengerusi Jemaah Pengetua, Universiti Putra Malaysia, YBhg. Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Shukri Muhammad Noor dan turut disaksikan oleh Pengarah Lembaga Kaunselor Malaysia, Prof. Madya Dr. Wan Marzuki, Ketua Bahagian Kaunseling UPM, Dr. Mazila binti Ghazali dan seramai hampir 5500 peserta yang terdiri daripada pelajar, staf dan komuniti dari seluruh Malaysia secara fizikal dan maya.

Dalam pelancaran tersebut, Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Shukri Muhammad Noor berkongsi mengenai kepentingan aplikasi Putra Wellness Tracker dan juga Buku Halatuju Kerjaya kepada warga Universiti Putra Malaysia dan komuniti dalam mendepani isu berkaitan kesihatan mental dan kerjaya.

Aplikasi Putra Wellness Tracker merupakan hasil inovasi Bahagian Kaunseling UPM yang berperanan memudahkan pengguna memantau perkembangan diri. Aplikasi ini menekankan pengguna untuk mengamalkan elemen-elemen penting dalam kesejahteraan hidup. Sesuai dengan gaya hidup belia masa kini yang celik teknologi, aplikasi ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada dan kesedaran kepada para pengguna mengenai kepentingan menjaga kesejahteraan diri secara holistik.

 

Bukan itu sahaja, BKUPM juga turut melancarkan buku Halatuju Kerjaya UPM yang merupakan hasil inisiatif Seksyen Kaunseling Kerjaya, Bahagian Kaunseling UPM yang berperanan sebagai pemandu dalam proses individu membina kerjaya. Buku ini mengandungi kisah-kisah kerjaya yang boleh memberikan manfaat dari segi maklumat kerja dan juga inspirasi  bukan sahaja  kepada pelajar dan warga kerja UPM tetapi juga kepada masyarakat.

 

Timbalan Pengerusi Jemaah Pengetua, YBhg. Prof Madya Ir. Dr. Ahmad Shukri Muhammad Noor turut menyeru agar semua pelajar memanfaatkan perkhidmatan yang diberikan oleh Bahagian Kaunseling UPM demi menjaga kesihatan mental dan kesejahteraan diri secara holistik.

 

 

Tarikh Input: 28/10/2022 | Kemaskini: 28/10/2022 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXFBCAT~