BKUPM Rancakkan Aktiviti Sempena Sambutan Bulan Kaunseling Musim Covid-19. | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » BKUPM Rancakkan Aktiviti Sempena Sambutan Bulan Kaunseling Musim Covid-19.

BKUPM Rancakkan Aktiviti Sempena Sambutan Bulan Kaunseling Musim Covid-19.

SERDANG, 5 Okt – Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (BKUPM) merancakkan pelbagai aktiviti semasa semasa sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan Peringkat Universiti Putra Malaysia (UPM).

 

 

Bulan Oktober telah diiktiraf sebagai Bulan Kaunseling dan Bulan Kesihatan Mental. Pelbagai sambutan yang telah dijalankan dari peringkat kementerian sehinggalah ke peringkat sekolah. BKUPM juga tidak ketinggalan dalam merealisasikan pelbagai aktiviti berbentuk bimbingan dan kaunseling kepada warga kampus. Berbezanya sambutan kali ini, setiap program yang dijalankan mempunyai misi yang sama namun pendekatan yang berbeza.

 

Selaras dengan sambutan Bulan Kaunseling dengan bertemakan “Kaunseling ke Arah Kesejahteraan Masyarakat”, misi utama BKUPM adalah untuk membantu masyarakat khususnya pelajar dan pekerja UPM untuk mencapai kesejahteraan mental, emosi dan psikologi secara optimum. Tekanan yang dilalui oleh warga kampus semasa bekerja dan belajar semasa wabak Covid-19 bukanlah suatu yang mudah. Oleh itu, BKUPM sentiasa bersedia menyediakan pelbagai saluran perkhidmatan bagi membantu mereka. Perkongsian ilmu diadakan dengan menggunakan platfom media sosial seperti Facebook Bahagian Kaunseling UPM, Instagram (bahagiankaunselingupm) serta melalui saluran Youtube (bkupmcube).

 

Memandangkan dalam tempoh ini, pelajar UPM belum dapat menghadiri ke kuliah secara fizikal, BKUPM tetap menyempurnakan tanggungjawab sosial dalam berkongsi ilmu pengetahuan kepada mereka. Perkongsian ini disampaikan secara terus oleh kaunselor-kaunselor daripada Bahagian Kaunseling UPM. Untuk melihat program-program anjuran BKUPM, boleh merujuk poster yang dipaparkan. Antara program-program yang dianjurkan adalah, Perkongsian Kaunselor di Radio putra.fm, perkongsian langsung dari di Facebook Rasmi BKUPM dan langsung dari Instagram BKUPM. Selain itu, forum secara webinar juga diadakan di mana pendengar boleh mendengar perkongsian kaunselor di mana-mana sahaja berada.

 

Dengan perlaksanaan program sebegini, BKUPM berhasrat setiap pelajar dan pekerja BKUPM mencari masa untuk bersama-sama BKUPM melalui program-prigram yang disediakan sebagai salah satu wadah ilmu yang dapat membantu mereka menghadapi pelbagai isu-isu yang dialami. Bersama-sama kita mengamalkan norma baru di samping mengekalkan kesejahteraan mental, emosi dan psikologi  agar dapat membantu diri sendiri dan keluarga tersayang daripada wabak Covid-19.  

 

Tarikh Input: 12/10/2020 | Kemaskini: 12/10/2020 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeWAb~