BKUPM TURUN PADANG BANTU SARINGAN KESEJAHTERAAN DIRI | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » BKUPM TURUN PADANG BANTU SARINGAN KESEJAHTERAAN DIRI

BKUPM TURUN PADANG BANTU SARINGAN KESEJAHTERAAN DIRI

UPM Serdang, 21 Feb – Kolaborasi antara Bahagian Kaunseling UPM dengan Pusat Kesihatan Universiti (PKU) di Fakulti Kejuruteraan, UPM menerusi program Cemerlang Individu Cemerlang Organisasi (CICO). Program berkonsep jerayawara ini adalah untuk menggalakkan kakitangan di Fakulti Kejuruteraan membuat saringan kesihatan sebagai langkah pencegahan awal bagi mengesan isu-isu kesihatan fizikal dan juga kesihatan mental.

 

Program selama 1 hari bertempat di Ruang Legar Fakulti Kejuruteraan telah dihadiri oleh semua kakitangan termasuk pensyarah dan pegawai-pegawai tertinggi fakulti. Fokus utama reruai Bahagian Kaunseling UPM adalah untuk membantu para staf menilai tahap kesihatan diri melalui Ujian Saringan Kesihatan DASS (Depression, Anxiety and Stress Scale).  Di samping itu, dengan bimbingan kaunselor bertugas, setiap staf dapat mengenai pasti pendekatan yang ideal dalam mengendalikan stres melalui analisis personaliti diri. ‘Setiap individu mempunyai cara gaya masing-masing dalam mengendalikan isu-isu dalam kehidupan. Oleh itu, melalui bimbingan kaunselor, setiap staf dapat mengenali diri dengan lebih baik dalam mengurus emosi diri’, ulas salah seorang kaunselor bertugas, Pn. Noorihayatti.    

 

En. Mohamad Ashaari selaku Ketua Seksyen Kaunseling Pekerja sebagai berkata, ‘program kerjasama dengn PKU ini merupakan program kali kedua dijalankan dan mendapat sambutan yang sangat memberansangkan. Fokus utama Seksyen Kaunseling Pekerja adalah utntuk membantu warga kerja Universiti Putra Malaysia mencapai keseimbangan emosi dan intelektual dalam mengejar kecemerlangan dalam kerjaya’.- UPM

Sedutan Gambar Program 

   

 

   

Tarikh Input: 08/03/2023 | Kemaskini: 09/03/2023 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXFBEAJ~