CEMERLANG INDIVIDU CEMERLANG ORGANISASI CICO@OSH | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » CEMERLANG INDIVIDU CEMERLANG ORGANISASI CICO@OSH

CEMERLANG INDIVIDU CEMERLANG ORGANISASI CICO@OSH

UPM Serdang, 28 April - Program Cemerlang Individu Cemerlang Organisasi (C.I.C.O) adalah program yang dijalankan dengan kerjasama pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam UPM untuk memberi kesedaran penjagaan kesihatan mental kepada warga kerja UPM. Lazimnya program dijalankan di PTJ terpilih di lokasi yang dipersetujui. Bagi kali ini, program dijalankan di Bahagian Kaunseling UPM bagi memudahkan akiviti bimbingan kelompok dijalankan oleh Pegawai Psikologi. Dalam program ini 3 orang kaunselor iaitu En Mohamad Ashaari bin Awab, Puan Kamariah binti Derasol, Puan Noorihayatti binti Nooruddin dan cik Nur’ain A’qilah binti Ali (kaunselor pelatih) mengendalikan kelompok bimbingan, membimbing saringan kesihatan mental dan penjagaan kesejahteraan psikologi dan diri.

Program ini berlangsung pada 10 April 2023 bermula pada jam 9:00 Pagi hingga 12:00 Tengah hari bertempat di Bahagian Kaunseling UPM. Program ini dijalankan bagi memberi pengetahuan kepada warga kerja Pejabat Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mental. Peserta juga berpeluang untuk mengetahui tahap stress, kemurungan dan kebimbangan dengan aplikasi yang disediakan di laman web bahagian kaunseling. Aplikasi ini merupakan inisiatif hijau yang mengurangkan penggunaan kertas untuk membuat saringan kesihatan mental.

Penglibatan peserta adalah seramai 20 orang pegawai dan pelaksana dari Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Tiga orang kaunselor dan seorang kaunselor pelatih. Impak program ini dapat menjalinkan kerjasama antara PTJ dalam mempromosikan penjagaan kesihatan mental dan kesejahteraan holistik kepada warga kerja Universiti Putra Malaysia.

Pegawai Kaunselor UPM, Puan Kamariah Derasol selaku penyelaras program mengalu-alukan kerjasama dari pusat tanggungjawab di UPM untuk penganjuran program CICO ini. Dengan penganjuran program ini juga Bahagian Kaunseling UPM dapat meluaskan perkhidmatan kepada warga kerja UPM yang sukar meninggalkan pejabat masing-masing atas tuntutan tugas.

 

Tarikh Input: 28/04/2023 | Kemaskini: 29/04/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeUAr~