Cit Cat Putra FM Bersama Kaunselor | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Cit Cat Putra FM Bersama Kaunselor

Cit Cat Putra FM Bersama Kaunselor

Poster Cit Cat Putra FM Bersama KaunselorSERDANG - BKUPM menyambut baik usaha Radio Putra FM untuk bekerjasama dalam usaha menyampaikan aura positif kepada seluruh pendengar khususnya warga UPM.

Menerusi Slot Cit Cat Putra FM (CCPFM) Bersama Kaunselor pada tahun ini, sebanyak 10 siri perkongsian dijadual diadakan bermula dari Februari sehingga November 2022.  

Program yang telah bermula pada 15 Februari 2022, dilaksanakan pada hari Selasa bermula jam 12.00 tengahari hingga 1.00 petang (mengikut jadual) secara langsung dari studio Radio Putra FM. Ianya berlangsung selama sejam, dan dikendalikan oleh DJ Amira. Sehingga bulan Jun 2022 ini, seramai lima orang kaunselor bersama lima topik menarik telah berkongsi ilmu dan pengalaman bersama semua pendengar.

Lima topik tersebut ialah ‘Ada Apa Dengan Menjadi Nombor Dua’ pada 15 Februari 2022 oleh Puan Syarifah Sheril Azlin Syed Baharin, ‘Cuti Semester Berakhir, Masih Tebus Tidur?’ pada 22 Mac 2022 oleh Encik Muhammad Za’im Rosli, ‘Personaliti VS Persekitaran’ pada 26 April 2022 oleh Puan Izwana Ismail, ‘Minda Sihat, Emosi Sejahtera, Kehidupan Bahagia’ oleh Puan Kemelia Omar  pada 24 Mei 2022  dan ‘Terapi Diri : Kepentingannya Dalam Mengimbangi Emosi’ oleh Puan Wan Azurani Wan Ahmad pada 28 Julai 2022.

Siri-siri perkongsian ini selain ianya sebagai promosi BKUPM ianya juga adalah bertujuan untuk menyebar luas perkongsian ilmu dan suntikan motivasi kepada semua warga UPM. Topik yang dibawakan juga sangat dekat dengan situasi semasa sama ada pelajar atau warga pekerja.

Menerusi setiap slot, kaunselor akan ditemubual oleh DJ Putra FM yang bertugas bagi mengupas isu atau topik yang dibawakan.

Bagi slot berikutnya, nantikan perkongsian kami dengan pelbagai topik lagi. Semoga usaha ini memberi seribu satu manafaat!

Tarikh Input: 31/08/2022 | Kemaskini: 31/08/2022 | azurani

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeXAQ~