CIT CAT PUTRA FM BERSAMA KAUNSELOR: PEMIKIRAN NEGATIF & KESAN KEPADA KESIHATAN MENTAL | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » CIT CAT PUTRA FM BERSAMA KAUNSELOR: PEMIKIRAN NEGATIF & KESAN KEPADA KESIHATAN MENTAL

CIT CAT PUTRA FM BERSAMA KAUNSELOR: PEMIKIRAN NEGATIF & KESAN KEPADA KESIHATAN MENTAL

UPM Serdang, 31 Julai – CIT CAT Putra FM bersama Kaunselor UPM merupakan salah satu inisiatif promosi bahagian, samada bagi tujuan visibility Pegawai Psikologi BKUPM atau hebahan program. Ianya juga adalah sebagai medium pemindahan ilmu (transfer knowledge) daripada Pegawai Psikologi BKUPM kepada semua pendengar. Topik yang dibawakan pada bulan Julai ini adalah "Pemikiran Negatif & Kesannya Kepada Kesihatan Mental" yang telah disampaikan oleh kaunselor BKUPM, Puan Kemelia binti Omar.

Perkongsian ini dijalankan pada 25 Julai 2023 hari Selasa bermula jam 12.00 tengah hari sehingga 1.00 petang di Radio PUTRA FM. Melalui perkongsian kaunselor pada kali ini diharap dapat memberikan sudut pandang yang berbeza kepada semua pendengar dalam menghadapi apa jua situasi dan cabaran. Pemikiran negatif yang dikongsikan pada kali ini merujuk kepada persepsi, harapan dan deskripsi tentang diri sendiri, orang lain dan persekitaran secara keseluruhan diikuti dengan emosi yang negatif yang akan memberikan kesan buruk kepada tingkah laku dan kesihatan seseorang. Kadang-kadang individu seringkali melihat sesuatu kepada dua kategori sahaja (hitam/putih) atau (berjaya/gagal). Individu juga sering menyalahkan atau mengkritik diri sendiri serta tidak dapat memaafkan diri sendiri atas apa jua kesilapan. Inilah yang dinamakan persepsi negatif.

Terdapat pelbagai punca perkara ini boleh berlaku. Ianya mungkin kesan daripada pengalaman lepas, atau apabila seseorang individu terlalu bimbang dengan situasi semasa atau terlalu bimbang atau takut kepada masa hadapan. Pemikiran negatif boleh mempengaruhi emosi jika tidak dikawal. Jika pemikiran ini konsisten, ianya boleh membawa kepada masalah kesihatan mental seperti anxiety dan depression.
Sekiranya ini berlaku, ianya memberi kesan kepada individu tersebut. Antara kesannya adalah sukar bermotivasi seperti suka bertangguh, rasa malas, tidak bersemangat menyebabkan prestasi menurun dan tidak cemerlang. Kedua, Kerugian seperti masa, tenaga dan wang. Ketiga, mengalami masalah yang lebih besar seperti tidak menumpukan kepada penyelesaian masalah malah makin menambah masalah. Keempat, memiliki tabiat negatif seperti panas baran, ego, malas, tamak dan dengki.

Warga UPM dan semua pendengar apakah kaedah yang boleh digunakan untuk mengurus pemikiran negatif? Berikut adalah beberapa panduan atau langkah yang boleh diambil iaitu sibukkan diri dan minda dengan melakukan tugas seperti membersih, menyusun, mengait dan lain-lain. Ini membantu menjauhkan fikiran daripada pemikiran negatif. Elakkan Pencetus, meminimumkan hubungan dengan orang negatif dan mengelakkan pencetus negatif boleh membantu anda kekal waras dan positif. Dapatkan rehat, kurang tidur sangat mempengaruhi mood anda, menyebabkan anda berasa cemas dan mudah marah. Mengadakan aktiviti fizikal seperti senaman, berkongsi perasaan seperti kongsi perasaan anda dengan orang yang dipercayai dan positif seperti ahli keluarga, teman rapat dan kaunselor. Selain itu, penerimaan atau Redha, belajar menerima kekurangan diri dan redha dengan sebarang perkara yang tidak dapat diubah dan dikendalikan. Terakhir Humor seperti senyum dan ketawa.

Menerusi perkongsian ini, BKUPM mengharapkan agar semua pendengar dapat meningkatkan kefahaman dan kesedaran pentingnya menjaga minda yang sihat, melakukan aktiviti sihat serta sentiasa dalam keadaan positif dan sejahtera agar kita semua dapat menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang negatif yang boleh menjejaskan kesihatan mental.

 

Gambar: Poster hebahan CITCAT Putra FM dan Perkongsian melalui pautan media sosial Facebook Putra FM di Bahagian Kaunseling UPM.

Tarikh Input: 31/07/2023 | Kemaskini: 31/07/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeXAa~