🎧CIT CAT PUTRA FM BERSAMA KAUNSELOR: SAYA BAHAGIA KE? | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » 🎧CIT CAT PUTRA FM BERSAMA KAUNSELOR: SAYA BAHAGIA KE?

🎧CIT CAT PUTRA FM BERSAMA KAUNSELOR: SAYA BAHAGIA KE?

UPM Serdang, 29 September 2023 – CIT CAT Putra FM bersama Kaunselor Bahagian Kaunseling UPM iaitu Pegawai Psikologi UPM, Puan Noorihayatti Noorudin yang diadakan pada 12 September (12.00 tengah hari - 1.00 petang) di Konti Putra FM. Sasaran penglibatan adalah kepada warga UPM dan semua pendengar di PUTRA FM Frenkuensi FM 90.7 MHz (Sekitar Seri Kembangan) dan Facebook Bahagian Kaunseling UPM (https://www.facebook.com/bkupm). SIAPA PERLU BAHAGIA? Semua orang berhak Bahagia. Semua orang boleh pilih untuk Bahagia. Jika di tanya soalan ‘Siapa mahu Bahagia’ sudah pasti ramai yang menjawab ‘YA’ atau mengangkat tangan sebagai tanda mahu bahagia. Tetapi, jika ada yang menyatakan alangkah bahagianya kalau aku tidak Bahagia, maknanya mungkin seseorang itu mempunyai sejarah tertentu atau boleh semak tahap kesihatan mentalnya. Hal ini kerana, Bahagia ini merupakan fitrah semula jadi manusia. Tidak ada manusia yang tidak inginkan kebahagiaan. Bahkan, apa-apa sahaja yang diusahakan atau dilakukan oleh manusia atau seseorang itu adalah untuk mencapai kebahagiaan. Sebagai contoh : 1) Sebagai seorang pelajar, ada yang merasakan Bahagia apabila dapat keputusan yang cemerlang atau ada juga yang Bahagia bila duit PTPTN masuk. 2) Bagi staf pula, mungkin ada yang rasa bahagia apabila dapat gaji dll.

APA ERTI BAHAGIA? Ada yang beranggapan erti Bahagia itu relatif. Makna Bahagia itu berbeza-beza dan sering berubah mengikut keperluan dan kehendak setiap individu. Bagi yang sakit, sudah pasti merasakan sihat itu Bahagia. Tapi apabila sudah sihat, kebahagiaan itu sudah pasti bukan pada kesihatan lagi sudah beralih kepada perkara yang lain pula. Bagi golongan ini kebahagiaan itu ialah satu “moving target” yang tidak spesifik. Bagi golongan pesimis, mereka akan beranggapan bahawa tidak ada kebahagiaan. Mereka merasakan kebahagiaan hanyalah angan-angan atau ilusi, ia tidak wujud dalam realiti dan kenyataan.

BAGAIMANA NAK TAHU SESEORANG ITU BAHAGIA? 1) AKAL - Mampu berfikir dengan optimis dan tenang Setuju atau tidak, kalau saya katakan bahawa manusia akan mudah melakukan sesuatu perkara yang perlu dilaksanakan ketika dia dalam keadaan yang bahagia. Namun, sayangnya sebahagian daripada kita, tidak pernah menikmatinya dan justeru tenggelam dalam fikiran negatif. Sedangkan bahagia membuat kita berfikir lebih optimis dan tenang menghadapi situasi yang tidak menentu. Jika kita boleh bahagia di masa yang sulit, bererti kita sudah satu langkah meraih impian. Hal tersebut menunjukkan bahawa kita telah menghargai diri kita sendiri.
2) EMOSI - Sebaran aura Bahagia (Jika kita Bahagia, orang lain turut Bahagia) Kebahagiaan ini boleh menular (positive vibes). Kebahagiaan kita akan membuat orang lain memiliki perasaan yang sama. Sama halnya ketika kita merasa cemas akan membuat orang lain turut cemas. Selain itu seseorang yang bahagia ini akan dicari-cari orang lain. Sikapnya yang membawa kebahagiaan akan ditunggu-tunggu orang lain. Tanpa disedari kebahagiaan yang sedang dialami akam membuat orang lain dapat merasai kebahagiaan. Jadi, mulailah bahagia sekarang. 3) TINGKAHLAKU-Mendorong diri melakukan sesuatu perkara yang mendatangkan manfaat kepada diri atau yang disukai Menurut kajian saintifik, sehingga 80% orang tidak melakukan apa yang mereka suka, terutamanya ketika datang ke kerja. Walau bagaimanapun, untuk menjadi bahagia seseorang mesti melakukan apa yang dia suka atau yang memberi manfat buat dirinya. Orang yang proaktif cenderung lebih bahagia, kerana mereka sentiasa bergerak, mengejar impian mereka dan melakukan aktiviti yang mereka nikmati. Menjadi proaktif adalah sikap di mana seseorang itu keluar untuk mencari peluang bukannya menunggu. Kerana untuk bahagia, menjadi tanggungjawab individu untuk mengawal hidupnya. 4) KESIHATAN FIZIKAL DAN MENTAL boleh mempengaruhi bahagia Kesihatan fizikal dan mental merupakan aset yang harus kita jaga. Usah biarkan kita tidak mampu mengatasi tekanan mental dan fizikal. Kesan bahagia sangat besar bagi kesihatan. Penelitian menunjukkan bahawa orang yang bahagia memiliki jantung yang lebih sihat dan lazimnya boleh menurunkan kadar hormon stres.

APAKAH KAEDAH / TEKNIK YANG BOLEH DIAMALKAN UNTUK CIPTA BAHAGIA? TEKNIK S.M.I.L.E UNTUK KEBAHAGIAAN Tip atau Teknik S.M.I.LE untuk Bahagia. 1) S : Sayangi Diri (First Love Yourself -FLY) -Accept/Penerimaan Diri. Terima diri dari segala sudut. Contoh ; fizikal, kelebihan dan kekurangan diri atau apa sahaja yang berkaitan diri. Lakukan yang terbaik buat diri. Raikan diri kita dengan berikan self reward. Contoh ; Ulangtahun kelahiran, kejayaan dll. -Belief system/Sistem Kepercayaan Diri. Lakukan atau mulakan setiap pagi/hari dengan Affirmation (kata penegasan buat diri). Tukar system kepercayaan kita atau pemikiran negatif kepada pemikiran positif. Contoh ; - Saya tidak bahagia - Saya berhak Bahagia - Saya tidak boleh lakukan - Saya boleh lakukan - Saya bukanlah yang terbaik - Saya boleh buat dengan baik -C : Commitment : Berikan komitmen sehabis baik atau 100% pada diri untuk bahagia. Tahu apa yang diri kita perlukan. 2) M : Makna Diri dan hidup Memaknakan diri dan hidup dengan apa yang kita suka dan rasa bahagia. Apa yang kita mahu label pada diri? Contoh ; -Dj : Happening -Pelajar : Best Student -Pekerja : Mesra 3) I : Inovasi Lakukan inovasi setiap bulan, sukuan atau tahun. Letakkan sasaran. Apa inovasi yang mahu buat pada diri. Contoh ; ASK (Attitude, Skill, Knowledge) + Appearance, Behavior, Communicatttion 4) L : Luaskan Bulatan Diri. Cari dan bina hubungan dengan kelompok yang berbeza. Melalui cara ini dapat bertukar fikiran, mempelajari perkara yang baru dll. 5) E : Enjoy Nikmatilah kehidupan ini dengan bahagia pilihan sendiri. Usah bandingkan diri dengan orang lain. Nikmati sahaja kehidupan dengan hati yang tenang dan gembira.

DI MANA BOLEH DAPATKAN SOKONGAN? Bagi warga UPM, boleh dapatkan pelbagai info sokongan di media sosial rasmi Websiti, FB, Insta atau boleh hadir ke Bahagian Kuanseling UPM atau melalui temujanji di WA 01156656221. Bagi pendengar luar UPM, boleh dapatkan khidmat secara percuma seperti di LPPKN, JKM, Hospital dan ada juga yang berbayar di pelbagai pusat kaunseling persendirian. SOALAN 10 : PENUTUP Kebahagiaan boleh dikecapi oleh setiap orang. Kita berhak memilih untuk bahagia demi kelangsungan hidup yang boleh membawa makna dalam kehidupan seharian kita. Jom amalkan SMILE untuk bahagia. Segala keputusan ada dalam diri Anda, mulailah bahagia sekarang! Terima kasih kerana sudi mendengar.

 

Tarikh Input: 29/09/2023 | Kemaskini: 29/09/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeUAP~