🎧CIT CAT PUTRA FM BERSAMA KAUSELOR | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » 🎧CIT CAT PUTRA FM BERSAMA KAUSELOR

🎧CIT CAT PUTRA FM BERSAMA KAUSELOR

UPM Serdang, 29 April - Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (BKUPM) telah dijemput untuk slot program Cit Cat Putra Fm Bersama Kaunselor dan slot pertama pada 18 April 2023 dengan kerjasama Putra FM UPM. Slot ini menampilkan Puan Izwana Ismail sebagai kaunselor jemputan dengan tajuk Kenali Personaliti Diri.

Topik kenali personaliti diri dipilih kerana klien yang datang berjumpa kaunselor biasanya tidak mengenali sepenuhnya diri mereka dan tidak menerima diri mereka dan sering menyalahkan diri tentang sesuatu yang berlaku. Namun begitu, apabila berhadapan dengan sesuatu isu, jangan terus menyalahkan diri seratus peratus. Personaliti adalah keperibadian seseorang dan setiap orang adalah berbeza dan unik.

Personaliti terbentuk gabungan dari beberapa faktor iaitu perwarisan, budaya, pengalaman dan juga persekitaran. Personaliti merangkumi satu penyusunan antara faktor-faktor biologi, psikologi dan sosiologi. Untuk proses sosialisasi atau pergaulan, seseorang haruslah mempunyai personaliti. Dari aspek psikologi, personaliti adalah gabungan antara emosi, pemikiran dan tingkahlaku. Dalah bahasa yang mudah difahami, setiap orang mempunyai personaliti, boleh berubah dan diubah. Banyak dipengaruhi oleh perwarisan, bagaimana seseorang itu dibesarkan dan juga persekitaran akan mempengaruhi personaliti individu.

Melalui program ini diharapkan pelajar dan pendengar dapat mengetahui tentang apa itu personaliti diri. Sekiranya buntu, datanglah berjumpa kaunselor untuk keluar dari kebuntuan tersebut. Setiap permasalahan ada jalan penyelesaian. Kaunselor akan membantu anda. Kadang-kadang, rakan-rakan tidak mampu untuk membantu kerana mereka juga ada isu yang berlaku dalam kehidupan mereka. Kami di bahagian kaunseling UPM bersedia untuk membantu anda. Sekiranya anda rasa keseorangan, jangan malu-malu kerana kami sentiasa bersedia untuk membantu. Setiap perkongsian anda akan kami rahsiakan. Begitu juga sekiranya ada rakan-rakan kita yang berhadapan dengan isu atau permasalahan dalam hidup mereka. Bantulah mereka dengan membawa mereka berjumpa kaunselor. Jangan biarkan diri kita atau mereka parah. Kami di bahagian kaunseling UPM akan membantu sedaya upaya kami dengan kemahiran, ilmu dan kepakaran yang kami ada demi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar dan staf UPM.

 

Tarikh Input: 29/04/2023 | Kemaskini: 29/04/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeTAy~