CIT CAT PUTRA FM SEJAM BERSAMA KAUNSELOR ENCIK MUHAMMAD ZA'IM BIN ROSLI | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » CIT CAT PUTRA FM SEJAM BERSAMA KAUNSELOR ENCIK MUHAMMAD ZA'IM BIN ROSLI

CIT CAT PUTRA FM SEJAM BERSAMA KAUNSELOR ENCIK MUHAMMAD ZA'IM BIN ROSLI

UPM Serdang, 21 Disember – Program Cit Cat Putra FM adalah program sejam bersama kaunselor yang dilaksanakan pada setiap bulan. Topik yang dikupaskan pada bulan Disember ini amat menarik yang membawa tajuk Jom Detox Stress, 10 Langkah Mudah! yang merupakan insiatif Bahagian Kaunseling UPM untuk berkongsi dengan semua pendengar Putra FM.
Perkongsian kali ini adalah ilmu untuk mengawal stress dan aspek detox yang boleh dilakukan secara terus mengikut kaedah yang betul seperti yang disampaikan oleh Encik Muhammad Za'im bin Rosli pada 5 Disember 2023 bermula jam 12.00 tengah hari sehingga 1 petang. Perkongsian ini dilaksanakan melalui platform secara tonton di laman sosial media rasmi Facebook Bahagian Kaunseling UPM (https://www.facebook.com/bkupm) atau dengarkan di ruang udara stesen radio kampus UPM di Frekuensi FM 90.7 MHz (Sekitar Seri Kembangan) yang boleh dicapai di laman web Putra FM (http://www.putrafm.upm.edu.my) atau muat turun Tunein Radio: Online Stations.
Program ini berkongsi berkenaan detox stress dengan menguraikan 10 langkah mudah untuk hilangkan stress kepada semua pendengar dari pelbagai peringkat umur bahawa stress juga ada tahap postif dan negatif. Stress yang positif seperti pelajar mendapat kejayaan dari ujian dan peperiksaan yang dijalani, pekerja dapat mencapai KPI di tempat kerja dan ianya akan memberikan kesinambungan tekanan yang baik. Stress yang negatif pula seperti toksik dan ianya bahaya berikutan kerana jika tidak diatasi dengan betul boleh jadi konflik, jika tak diurus dengan baik juga boleh jadi pra trauma atau kecelaruan stress pra taruma, dan jika masih tidak boleh diurus dengan baik dikhuatiri ia akan jadi masalah kesihatan psikologi yang berpanjangan kepada pelajar,pekerja, atau golongan Masyarakat.
Sehubungan dengan itu, peserta dapat mengambil ilmu ini dan sesiapa yang masih belum paraktikkan dalam kehidupan seperti senyuman, makan boleh mulakan setiap hari, termasuk pernafasan dengan betul. Seterusnya, aspek pemakanan, tidur, dan senaman seperti perjalanan jam setiap hari. Hal ini semua jika dapat dilakukan dengan betul maka, ia akan memberikan kesan yang baik kepada pemeliharaan kesejahteraan kita semua.
Puan Wan Azurani binti Wan Ahmad selaku penganjur program menyatakan “Bersyukur kerana program sejam bersama kaunselor dapat berjalan dengan lancar dan menerima komitmen yang baik daripada semua kaunselor dan diharapkan ilmu yang dikongsikan dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita semua. Semoga program ini dapat diteruskan dengan pelbagai topik yang menarik dan menerima galakan di kalangan pendengar oleh warga UPM dan komuniti setempat.

 

Gambar : Encik Zaim bersama DJ Hanis di Konti Putra FM

Tarikh Input: 27/12/2023 | Kemaskini: 27/12/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXFBBAi~