CIT CAT Putra FM : Tengah Healing Ke Tu? | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » CIT CAT Putra FM : Tengah Healing ke Tu?

CIT CAT Putra FM : Tengah Healing ke Tu?

UPM Serdang, 28 Jun - CIT CAT Putra FM : Tengah Healing ke Tu? Program yang merupakan perkongsian bulanan Bahagian Kaunseling UPM melalui platform radio Putra FM Frekuensi 90.7 bagi memberikan pengetahuan dan kesedaran mengenai isu-isu kaunseling dan kesihatan mental. Perkongsian ini banyak berfokuskan kepada golongan pelajar terutamanya pelajar di UPM tentang cara healing yang positif, baik dan berkesan. Aktiviti ini telah dijalankan pada 16 Mei 2023 bermula jam 12.00 Tengah hari hingga 1.00 Tengah hari melalui PUTRA FM 90.7MHz (RTM Selangor FM Saluran UPM) terima di sekitar Puchong, Selangor.

Slot kali ini bertemakan Healing untuk memberikan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan diri (self care), membetulkan salah faham dalam amalan self care dan berkongsi tips self care berkesan. Selain daripada itu, tajuk perkongsian healing ini menjadi topik perbualan di Putra FM adalah trend pada masa kini yang sering bermain di fikiran semua golongan terutamanya golongan pelajar dan awal dewasa. Perkongsian ini disampaikan oleh Kaunselor Pelatih BKUPM, Cik Nur'ain A'qilah binti Ali dan En. Muhammad Izzuddin bin Abdul Ghani kepada pendengar terutamanya pelajar dan staf UPM serta komuniti setempat.

Impak program ini dapat mengalakkan pelajar dan warga mengamalkan penjagaan diri yang betul supaya dapat mengekalkan kualiti pelajaran, kerja dan hidup yang baik. Tambahan, perkongsian ini juga lebih santai kerana panel merupakan pelajar dan mengalami perkara yang sama seperti tugasan, perhubungan bersama rakan, pensyarah dan komuniti. Kaunselor Pelatih Bahagian Kaunseling UPM iaitu Cik Ain Aqilah binti Ali menyatakan "apabila bercakap mengenai Healing yang berkesan, yang penting adalah keseimbangan dalam 5 aspek kesejahteraan iaitu Fizikal, Mental, Emosional, Sosial & Spiritual. Lakukan aktiviti healing yang seimbang supaya proses penyembuhan sebenar mendatang hasil yang berkesan." manakala Encik Muhammad Izzudin bin Abdul Ghani turut menyatakan "healing yang berkesan adalah sangat penting demi menjaga kesejahteraan mental seseorang individu sehingga akhir hayat"

 

Tarikh Input: 30/06/2023 | Kemaskini: 30/06/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXFBCA2~