Dari Kes Kaunseling: Berbahagiakah Perkahwinan Anda? | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Dari Kes Kaunseling: Berbahagiakah Perkahwinan Anda?

Dari Kes Kaunseling: Berbahagiakah Perkahwinan Anda?

Putrajaya- Kelab Kebajikan dan Rekreasi, BKUPM telah mengambil inisiatif dengan mengadakan sesi perjumpaan bulanan bertempat di Hotel Everly, Putrajaya pada 17 Ogos 2022 yang lalu. Antara pengisian khas bagi Perjumpaan Bulanan ialah perkongsian ilmu oleh En Mohd Redzuan Zamberi bertajuk ‘Berbahagiakah Perkahwinan Anda Hari Ini?’. Menurut Kaunselor Perkahwinan, En. Mohd. Redzuan, beliau telah mengendalikan 299 kes kaunseling perkahwinan dalam tempoh setahun yang lalu. Hasil daripada sesi bimbingan dan kaunseling yang telah dijalankan, En. Mohd Redzuan dapat merumuskan pelbagai tips dan petua dalam perkahwinan yang boleh dipraktikkan oleh setiap pasangan suami isteri. Ilmu ini sangat memberi manfaat buat seluruh warga BKUPM yang mana boleh dikongsikan bersama pasangan masing-masing.

Menurut Mohd Redzuan lagi, “setiap perkahwinan pasti ada geloranya namun menjadi tanggungjawab suami dan isteri untuk memainkan peranan dalam mengatur dan mengurus perkahwinan mereka ke arah yang lebih baik”.  Sepanjang sesi perkongsian berlangsung, para peserta sangat teruja dengan ilmu-ilmu baru malah En. Mohd Redzuan juga telah memberikan buku maya secara percuma khusus buat peserta Kelab Kebajikan dan Rekreasi BKUPM.

Impak perjumpaan bulanan ini adalah semua warga BKUPM akan mampu membuat persediaan diri dalam mewujudkan keluarga harmoni dan perkahwinan yang bahagia sebagai pemandu ke arah kecemerlangan dan produktiviti kerjaya seharian. Topik ini bukan sahaja memberikan ilmu pengetahuan yang baharu malah dapat membantu semua ahli kelab dalam menjalani kehidupan yang penuh pelbagai peranan ini dengan baik.

Tarikh Input: 29/08/2022 | Kemaskini: 29/08/2022 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeWAm~