DATA DAN NOMBOR SOAL SELIDIK PEMBINAAN KERJAYA UNTUK PELAJAR TAHUN 1 2023/2024 | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » DATA DAN NOMBOR SOAL SELIDIK PEMBINAAN KERJAYA UNTUK PELAJAR TAHUN 1 2023/2024

DATA DAN NOMBOR SOAL SELIDIK PEMBINAAN KERJAYA UNTUK PELAJAR TAHUN 1 2023/2024

UPM Serdang, 20 November – Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melaksanakan satu (1) aktiviti iaitu berkaitan kajian soal selidik. Berikut seperti dalam infografik yang dipaparkan, menunjukkan seramai 1562 orang pelajar tahun 1 sesi 2023/2024 telah terlibat dalam edaran soal selidik ini. Menerusi data soal selidik berkenaan menunjukkan sebanyak 68.1% memerlukan sesi bimbingan dan kaunseling kerjaya. Edaran soal selidik pembinaan kerjaya ini bermula 30 September 2023 sehingga 5 Oktober 2023. Edaran soal selidik ini dijalankan ketika berlangsung Minggu Perkasa Putra Sesi 2023/2024. Tujuan soal selidik ini diedarkan untuk mengenalpasti tahap pembinaan kerjaya bagi setiap pelajar tahun 1 sesi 2023/2024 dan pelajar juga telah dimaklumkan tahap pembinaan kerjaya mereka. Pelajar telah mendapat makluman skor setiap fasa dalam pembinaan kerjaya mereka. Fasa pembinaan kerjaya adalah pembentukan diri, penerokaan, membuat keputusan kerjaya dan persediaan kerjaya. Seramai 1562 orang pelajar yang terlibat. Impak aktiviti atas edaran soal selidik ini, pihak Bahagian Kaunseling UPM telah mendapat maklumat yang jelas dan bersedia merancang modul berimpak tinggi dan juga membuka ruang bimbingan serta kaunseling kerjaya lebih meluas.

Puan Syarifah Sheril Azlin binti Syed Baharin (K.B,P.A), Ketua Unit Pembangunan Kerjaya, Seksyen Kaunseling Kerjaya, Bahagian Kaunseling UPM selaku penyelaras aktiviti menyatakan "aktiviti sebegini seharusnya dilakukan bagi membantu pelajar menempuh fasa awal pembinaan kerjaya dalam mengenalpasti potensi diri mereka dan teroka kerjaya serta dalam membuat keputusan dalam pemilihan kerjaya seiring dalam pembentukan sahsiah". Sekalung penghargaan dan tahniah kepada pelajar yang telah terlibat dalam aktiviti yang bermanfaat ini dan semoga hasil dapatan aktiviti ini dapat memberikan inspirasi. Bagi sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami di Bahagian Kaunseling UPM melalui Tele-Kaunseling Aplikasi Whatsapp di +60 11-5665 6221 atau ke laman web kami di https://bkupm.upm.edu.my/ dan kami turut mengalu-alukan kedatangan pelajar dan staf UPM untuk mendapatkan perkhidmatan di Bahagian Kaunseling UPM.

 

Gambar: Infografik Data & Nombor Soal Selidik Pembinaan Kerjaya (SSPK) Pelajar Tahun 1 (2023/2024)

Tarikh Input: 29/11/2023 | Kemaskini: 29/11/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXFBCAz~