Detox Kebimbangan Bantu Peserta Luah Perasaan | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Detox Kebimbangan Bantu Peserta Luah Perasaan

Detox Kebimbangan Bantu Peserta Luah Perasaan

UPM Serdang, 10 Nov – Program Motivasi Bulanan yang disertai seramai 25 orang peserta telah dijalankan di Dewan Harmoni Kolej Sultan Alaedin Suleiman Shah (KOSASS). Program ini dijayakan oleh Seksyen Kaunseling Pekerja, Bahagian Kaunseling UPM (BKUPM) yang mensasarkan penglibatan para kakitangan dan pelajar UPM.  

 

Program motivasi bulanan kali ini disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Dr. Rafidah Kastawi iaitu Kaunselor Berdaftar dan Pengasas Terapi Nurani REST. Beliau membawa tajuk Detox Kebimbangan dengan Modul REST. Fokus program ini ialah memberikan panduan kepada peserta tentang cara mengekspresikan kebimbangan dan tekanan yang dihadapi melalui lukisan atau lakaran serta cara bagaimana seseorang menangani kebimbangan dan tekanan mereka.

 

Selain itu, penceramah juga menerangkan bagaimana modul REST dapat membantu para peserta menangani  kebimbangan dan tekanan. Terdapat juga beberapa aktiviti yang dilaksanakan semasa program tersebut seperti sesi soal jawab, melukis atau melakar, menghasilkan kolaj menggunakan majalah lama dan Jurnal Islah untuk curahan hati.

Melalui program ini, peserta mempunyai peluang untuk untuk berkongsi perasaan dan pengalaman yang diperolehi sepanjang pelaksanaan aktiviti. Program ini diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah dan sesi bergambar.

 

        

Tarikh Input: 27/01/2023 | Kemaskini: 24/02/2023 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXFBBAS~