E-BUKU SINAR DIBALIK AWAN, CURAHAN MINDA & EMOSI PELAJAR UPM | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » e-BUKU SINAR DIBALIK AWAN, CURAHAN MINDA & EMOSI PELAJAR UPM

e-BUKU SINAR DIBALIK AWAN, CURAHAN MINDA & EMOSI PELAJAR UPM

Oleh : Puan Anis Akmilah binti Mat Hassan K.B.;P.A.

SERDANG, 30 Julai - Unit Intrapersonal & Gaya Hidup, Seksyen Pembangunan Kendiri, Bahagian Kaunseling UPM (BKUPM) telah menganjurkan Program Write Up Story sejak tahun 2022. Program ini mensasarkan penglibatan para pelajar universiti untuk meluahkan pemikiran dan perasaan mereka melalui penulisan. Menurut pakar psikologi, tabiat menulis membantu kita mengembangkan imaginasi dan kreativiti. Apabila kita menulis, kita perlu ‘mengeluarkan’ kata-kata keluar dari otak. Proses ini dipanggil 'mental effort', dan ia akan merangsang kepada peningkatan prestasi fungsi kognitif kita.

Write Up Story telah disertai lebih 98 peserta yang telah menghantar penyertaan dalam Write Up Story sejak tahun 2022 hingga tahun 2023. Setiap penulisan telah disaring dan dinilai oleh juri-juri profesional yang telah dilantik. Sebanyak 29 naskah karya pelajar yang telah terpilih untuk dibukukan di bawah tajuk Sinar di Balik Awan.

Buku Sinar di Balik Awan ini merupakan hasil karya pelajar yang bertemakan motivasi yang dipersembahkan melalui cerpen dan puisi. Sebanyak 16 naskah penulisan berbentuk cerpen dan 13 naskah puisi yang boleh dibaca oleh seluruh kampus bermula 26 Julai 2024 yang lalu melalui Laman Sesawang Rasmi Bahagian Kaunseling UPM serta Media Sosial Facebook Bahagian Kaunseling UPM.

Menurut penyelaras program Write Up Story, Puan Anis Akmilah binti Mat Hassan, “program ini akan diteruskan ke peringkat pekerja UPM bagi membantu mereka mengembangkan imaginasi dan kreativiti sekaligus dapat mengurangkan tekanan serta dalam membantu memulihkan emosi negatif di tempat kerja”.

Jadi, diharapkan usaha murni BKUPM dapat dapat membantu individu yang lain untuk membaca serta memahami input yang dikongsi sebagai cetusan idea buat mereka dalam mengharungi perjalanan kehidupan mereka dan memberikan sinar baharu dalam hidup mereka melalui e-buku SINAR DI BALIK AWAN.

    

Tarikh Input: 31/07/2024 | Kemaskini: 31/07/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
W, (09:50:38pm-09:55:38pm, 27 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]