Etiket Temuduga Eksklusif Untuk Pelajar UPM | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Etiket Temuduga Eksklusif Untuk Pelajar UPM

Etiket Temuduga Eksklusif Untuk Pelajar UPM

SERDANG: Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (BKUPM) dengan kerjasama Kelab PEMADAM telah menganjurkan Program Putra Job Hunting A to Z (Etiket Temuduga) khusus untuk warga UPM. Program ini telah berlangsung pada 16 Disember 2021. Kaedah pelaksanaan program adalah mengikut norma baharu iaitu secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom.

Program ini diadakan untuk membina keyakinan diri bagi pelajar UPM khususnya pelajar tahun akhir untuk menghadapi temuduga kerja ataupun latihan industri. Selain itu, program ini juga memberi pendedahan tentang etiket temuduga yang mampu menambat hati bakal majikan bagi menempatkan diri mereka dalam organisasi berkenaan.

Perkongsian ilmu yang mantap dan santai berkaitan etiket temuduga telah disampaikan oleh Puan Syarifah Sheril Azlin Binti Syed Baharin (Puan She), Ketua Unit Perkembangan Kerjaya, Seksyen Kaunseling Kerjaya, Bahagian Kaunseling, Universiti Putra Malaysia.

Seramai 101 orang peserta telah berjaya hadir ke dalam sesi perkongsian ilmu selama satu jam ini. Komen dari peserta di hujung program adalah cukup memberansangkan dengan memberi penilaian 10/10.

Diharapkan inisiatif penganjuran program Putra Job Hunting A to Z (Etiket Temuduga) dapat meningkatkan pengetahuan tentang teknik dalam menghadapi temuduga buat pelajar UPM. - UPM.

 

 

Tarikh Input: 07/02/2022 | Kemaskini: 07/02/2022 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeTAs~