FOUDA 2023 BERTAJUK HIDUP PENUH ERTI MENERIMA SAMBUTAN RAMAI | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » FOUDA 2023 BERTAJUK "HIDUP PENUH ERTI" MENERIMA SAMBUTAN RAMAI

FOUDA 2023 BERTAJUK "HIDUP PENUH ERTI" MENERIMA SAMBUTAN RAMAI

UPM Serdang, 28 Disember – Forum Universiti Putra Malaysia (UPM) Anti Dadah 2023 (FOUDA 2023) yang bertemakan "Hidup Penuh Erti" yang dirasmikan oleh Dr. Mazila Ghazali selaku Ketua Bahagian UPM telah menerima sambutan yang memberangsangkan daripada peserta forum. Pengisian ucapan program kepada peserta seperti mahasiswa perlu bergiat aktif dalam aktiviti bermanfaat dan fokus kepada akademik untuk mengelakkan penyalahgunaan dadah. Dengan itu, penganjuran program menunjukkan kesungguhan berterusan Pihak UPM amnya dan khususnya Bahagian Kaunseling UPM dalam merencana dan melaksanakan program berkaitan pencegahan dadah. Selain daripada itu, negara mengalami kerugian sumber tenaga dan ekonomi yang begitu banyak akibat penyalahgunaan dadah, Oleh itu sedikit sebanyak program ini dapat membantu dalam menyebarkan kesedaran kepada warga UPM.

FOUDA 2023 ini dianjurkan oleh Bahagian Kaunseling UPM bersama Kelab PEMADAM UPM, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Selangor dan Avensis Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Melaka yang diadakan pada 20 Disember 2023 bermula jam 8.15 malam sehingga 10.15 malam secara langsung di atas talian Aplikasi Zoom dan laman media sosial rasmi Bahagian Kaunseling UPM. Antara faktor utama penyumbang penyalahgunaan dadah adalah berkaitan dengan rakan sebaya. Oleh itu, sekiranya aktiviti rakan sebagainya boleh diubah kepada aktiviti yang lebih memberi impak positif kepada diri sendiri dan masyarakat. Maka negara secara amnya akan mendapat manfaat secara langsung dari keterlibatan mahasiswa dari kegiatan yang telah dijalankan.

 

Gambar : Encik Afiq (kiri) dan Encik Akmal (kanan) berkongsi maklumat secara atas talian FOUDA 2023

Seramai 1389 peserta menyertai Forum UPM Anti Dadah 2023 dan tiga (3) ahli panel yang terdiri daripada ahli dari bidang serta wakil pelajar telah dijemput untuk membincangkan berkenaan pendekatan paling berkenaan dalam mengatasi isu berkaitan penyalahgunaan dadah dalam kalangan mahasiswa penuntut institut pengajian tinggi. Panel tersebut terdiri adalah Encik Mohd Akmal mewakili AADK Negeri Melaka, Encik Afiq Latif dari Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Selangor dan bagi wakil pelajar Saudari Arynn Suzieani, Presiden Kelab PEMADAM UPM. Pada keseluruhan ketiga-tiga panel telah bersetuju bahawa dalam menangani isu penyalah gunaan dadah mahasiswa perlu diberikan peluang dan ruang dalam menceburi pelbagai aktiviti yang bermanfaat di kampus. Antara bidang yang tersebut adalah bidang kepimpinan, kesukarelawanan, sukan, budaya, dan sebagainya. Pada akhir forum tersebut, para peserta telah menunjukkan soladariti dalam menyatakan kesungguhan untuk mengelakkan penyalahgunaan dadah. Pihak penganjur telah menerima maklumbalas memberansangkan melalui penilaian program yang dibuka oleh peserta. Justeru pada masa akan datang pihak penganjur akan menganjurkan program ini dengan skala lebih besar dengan bekerjasama dengan lebih ramai pihak.

Gambar : Poster FOUDA 2023

 

Gambar : Antara gambar kenangan semasa FOUDA 2023 dilaksanakan

Tarikh Input: 28/12/2023 | Kemaskini: 28/12/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXFBCAL~