Galakkan Peluahan Emosi Melalui Penulisan | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Galakkan Peluahan Emosi Melalui Penulisan

Galakkan Peluahan Emosi Melalui Penulisan

UPM Serdang – Penganjuran program “Write Up a Story” mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar UPM. Lebih 50 naskah karya telah diterima melalui penglibatan 43 pelajar yang terdiri daripada pelajar ASASI, Ijazah dan Ijazah Sarjana.

Inisiatif utama BKUPM menyediakan ruang berkarya kepada pelajar-pelajar adalah untuk menggalakkan pelajar meluahkan emosi mereka. Dalam pendekatan kaunseling, kelegaan emosi dan psikologi sangat penting bagi menjaga kesihatan mental. Peluahan emosi melalui penulisan merupakan salah satu kaedah yang ideal bagi pelajar-pelajar suka menyimpan perasaan mereka. Oleh itu,  ‘Write Up a Story’ ini dianjurkan sebagai medium khusus kepada pelajar untuk berkongsi momen-momen hidup mereka. Pihak urusetia telah menerima lebih 50 naskah karya dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sehingga 31 Mac 2022 untuk disemak dan dinilai oleh barisan Kaunselor Bahagian Kaunseling UPM. Karya yang paling kreatif dan menepati tema akan dikongsikan dalam Majalah Katarsis, terbitan kedua pada bulan Oktober nanti sempena Bulan Kaunseling Kebangsaan 2022. Lima (5) penulis terbaik juga akan menerima hadiah saguhati istimewa daripada pihak urusetia.- UPM    

Tarikh Input: 11/04/2022 | Kemaskini: 11/04/2022 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXFBAAt~