Gotong Royong EKSA, Fokus Laman ‘Healing’ | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Gotong Royong EKSA, Fokus Laman ‘Healing’

Gotong Royong EKSA, Fokus Laman ‘Healing’

Serdang, 3 Feb – Penganjuran gotong royong merupakan salah satu aktiviti wajib dalam pelaksanaan EKSA di Universiti Putra Malaysia. Malah, sebanyak 4 kali aktiviti gotong royong disarankan untuk dilaksanakan sebagai aktiviti setiap sukuan tahun. Aktiviti gotong royong di Bahagian kaunseling UPM kali ini, memfokuskan Laman ‘Healing’ yang dibangunkan sejak November tahun lalu.

 

Bahagian Kaunseling UPM telah bersiap siaga untuk aktiviti gotong royong yang diadakan pada 3 Februari 2022 selama satu hari yang melibat seluruh kakitangan termasuk pegawai jemputan En. Mohd Desa dan En. Razali dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar bagi bantuan kerja pertukangan dan teknikal.  

 

Fokus Ruang ‘Healing’ dilihat menjadi salah satu tempat tumpuan bagi staf untuk dekat dengan tumbuh-tumbuhan herba dan pokok hiasan. Menurut penyelaras Zon Glasser En. Muhammad Za’im Rosli sebagai berkata, Bustanul Arifin atau Laman Healing ini membawa maksud Taman Orang-orang Berilmu. Sejajar dengan pembinaan laman ini yang membantu staf-staf berehat dan menjamu mata melihat tanaman di sekitar yang mampu membangkit ketenangan.    

 

Pelbagai aktiviti kekeluargaan BKUPM diadakan di Bustanul Arifin di kala melepaskan tekanan setelah selesai mengurus tuntutan kerja hakiki bersama pelajar dan staf UPM. Ketua Bahagian Kaunseling UPM, Dr. Mazila Ghazali menyatakan sokongan pembinaan Bustanul Arifin sebagai salah satu cara adaptasi mengurus emosi yang positif. Katanya lagi, laman ini juga dilihat dapat digunakan untuk membantu klien untuk tenang dan berehat. - UPM

 

Sedutan Gambar Laman Healing

    

Tarikh Input: 22/02/2023 | Kemaskini: 03/03/2023 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeTAw~