Holistik, Misi BKUPM 2022 | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Holistik, Misi BKUPM 2022

Holistik, Misi BKUPM 2022

SERDANG: Bahagian Kaunseling UPM (BKUPM) dengan kerjasama Majlis Kaunseling dan Kerjaya Universiti Awam Malaysia (MAKUMA), Pejabat Pendaftar, AKRAB dan Kelab Rakan Siswa (KRS) UPM telah menganjurkan Program Karnival Putra Holistik khusus untuk warga UPM dan komuniti amnya. Program ini telah berlangsung bermula 23 Mei sehingga 3 Jun 2022.

 

Karnival Putra Holistik telah dijalankan buat kali kedua dengan pertukaran nama dari Putra Wellness Carnival (PWC) pada tahun 2021. Karnival ini bertujuan untuk menyahut agenda Putra@Holistik Yang berbahagia Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar yang menitikberatkan keseimbangan spritual, fizikal, emosi dan intelek. Perlaksanaan karnival ini juga mendokong Matlamat Pertama Strategik UPM 2021-2025 iaitu Melahirkan Watak Graduan Berdaya Tahan Mendepani Cabaran Mendatang.

 

Selain itu, penganjuran program ini juga merupakan salah satu wadah yang digunakan bagi menyantuni seramai mungkin warga kampus dalam satu tempoh masa yang singkat. Dengan penyertaan peserta seramai 1605 orang dan 4121 melalui siaran langsung di Facebook (FB Live).

 

Sebanyak 9 slot telah dilaksanakan dengan pemilihan tajuk yang dipelbagaikan bagi memenuhi keperluan pelajar dan warga kerja UPM. Antara tajuk perkongsian yang telah dijalankan adalah seperti dalam rajah I berikut ;

 

Rajah I : Poster Program

                   

  

Program telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dalam Majlis Perasmian Penutupan yang telah diadakan di Galeri Putra, Bangunan Canselori dan turut dihadiri oleh Encik Abdullah Arshad (Ketua Pentadbiran HEPA), Dr. Mazila Ghazali (Ketua Bahagian Kaunseling UPM) serta wakil-wakil pemimpin persatuan pekerja dan pelajar.

 

Rajah II : Majlis Perasmian Penutupan

 

"Untuk menjadi pemimpin pelajar, keseimbangan holistik yang merangkumi aspek spritual, fizikal, emosi dan intelek adalah penting agar kesihatan mental secara menyeluruh terpelihara". TNC HEPA

 

Diharapkan inisiatif penganjuran program Karnival Putra Holistik dapat memberi manfaat kepada warga UPM demi kesihatan mental dan kesejahteraan diri secara holistik.

 

“Keseimbangan bukanlah sesuatu yang dicari, ianya sesuatu yang dicipta”

Tarikh Input: 16/06/2022 | Kemaskini: 16/06/2022 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXFBBAp~