INFOGRAFIK PUTRA CAREER ADAPTABILITY 2023 : BORAK-BORAK KERJAYA BERSIRI | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » INFOGRAFIK PUTRA CAREER ADAPTABILITY 2023 : BORAK-BORAK KERJAYA BERSIRI

INFOGRAFIK PUTRA CAREER ADAPTABILITY 2023 : BORAK-BORAK KERJAYA BERSIRI

UPM Serdang, 27 November – Program Putra Career Adaptability 2023: Borak-Borak Kerjaya merupakan program di bawah Unit Pembangunan Kerjaya, Seksyen Kaunseling Kerjaya, Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini adalah insiatif untuk pelajar UPM mendapat pengetahuan, meningkatkan keyakinan diri dan juga mengaplikasikan topik-topik kerjaya dalam proses membina kerjaya mereka seawal tahun satu pengajian. Program ini telah mendapatkan sokongan yang kuat daripada Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan antara rakan strategik untuk program ini adalah Kolej Tun Dr. Ismail dan Majlis Perwakilan Pelajar 2023/2024.

Program ini adalah bersiri iaitu bermula daripada Borak-Borak Kerjaya Siri 1: Persediaan Membina Kerjaya yang diadakan pada 12 Mei 2023 jam 8.30 malam hingga 10.30 malam, seterusnya Borak-Borak Kerjaya Siri 2: Apa itu Transferable Skills? yang diadakan pada 26 Mei 2023 jam 8.30 malam hingga 10.30 malam dan Borak-Borak Kerjaya Siri 3: Personal Branding Untuk Pelajar, Perlu Ke? yang diadakan pada 17 November 2023 jam 8.30 malam hingga 10.30 malam. Ketiga-tiga program ini dijalankan secara atas talian iaitu di platform Aplikasi Google Meet atau Aplikasi Zoom juga laman rasmi Facebook Live Bahagian Kaunseling UPM. Infografik yang dipaparkan di bawah menunjukkan seramai 638 orang peserta yang terlibat untuk ketiga-tiga siri ini. Melalui infografik ini juga dapat dilihat bahawa tiga (3) perkara yang diukur kepada peserta program iaitu menunjukkan pengetahuan, keyakinan diri dan keinginan aplikasi telah meningkat bagi setiap topik setelah hadir program.

Puan Syarifah Sheril Azlin binti Syed Baharin (K.B,P.A), Ketua Unit Pembangunan Kerjaya, Seksyen Kaunseling Kerjaya, Bahagian Kaunseling UPM selaku penyelaras program menyatakan "infografik ini sebagai pengetahuan kepada semua pembaca dan program ini dalam perancangan untuk diadakan lebih banyak siri pada tahun akan datang dan semoga dengan hadirnya program sebegini dapat mempertingkatkan semangat dan memperluaskan pengetahuan dalam pembinaan kerjaya serta ianya memberi manfaat yang baik buat semua dan khususnya buat pelajar."

 

Gambar: Data & Nombor Putra Career Adaptability 2023 : Borak-Borak Kerjaya Siri 1 hingga Siri 3

Tarikh Input: 29/11/2023 | Kemaskini: 29/11/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeRAz~