Inspirasi Hala Tuju Kerjaya 13 Jawatan Popular Di UPM | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Inspirasi Hala Tuju Kerjaya 13 Jawatan Popular di UPM

Inspirasi Hala Tuju Kerjaya 13 Jawatan Popular di UPM

PUTRAJAYA – Seksyen Kaunseling Kerjaya, Bahagian Kaunseling UPM telah menjalankan Bengkel Penulisan Buku Hala Tuju Kerjaya UPM (Siri 2) bertempat di Bilik Anyaman 2, Hotel Everly pada 17 Ogos 2022 (Rabu) yang lalu. Bengkel ini telah dihadiri semua warga kakitangan Bahagian Kaunseling UPM iaitu barisan kaunselor sebagai penulis serta tim dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar UPM.

Perjalanan bengkel dimulakan dengan perbincangan pembinaan infografik laluan kerjaya bagi 13 jawatan popular di UPM. Hasil daripada kerjasama yang jitu dan komitmen tinggi daripada semua peserta, beberapa infografik laluan kerjaya setiap jawatan berkenaan dapat dihasilkan dengan segera. Dalam slot seterusnya, semua ahli berbengkel untuk membuat semakan dan menyunting hasil penulisan yang telah dibuat oleh para kaunselor melalui sesi temubual bersama tokoh kerjaya bagi  13 jawatan berkenaan.

Menurut Puan Syarifah Sheril Azlin, “penghasilan buku ini bukan sahaja memberikan manfaat kepada staf lantikan bahari namun juga memberikan maklumat mengenai kerjaya kepada para pelajar. Pelajar mendapat maklumat mengenai kerjaya-kerjaya tersebut lebih jelas dan lebih praktikal“.  

Bengkel berakhir dengan semakan dan sunting yang lengkap. Semua penulis amat berpuas hati dan tidak sabar menantikan penerbitan Buku Hala Tuju Kerjaya UPM yang dijangka akan siap pada hujung tahun ini. Di samping itu, Bahagian Kaunseling UPM juga bersyukur dan mengucapkan penghargaan yang tinggi kepada Pejabat Pendaftar dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar atas kerjasama dan sokongan yang diberikan atas penghasilan Buku Hala Tuju Kerjaya UPM.

 

Gambar semasa program berlangsung.  

 
     
 
     
   

Tarikh Input: 29/08/2022 | Kemaskini: 29/08/2022 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeSAC~