Oleh : Cik Ong Xin Ting, Kaunselor Pelatih UPM
SERDANG, 27 Jun - Jerayawara Bahagian Kaunseling UPM (BKUPM) sempena Health and Wellness Outreach Programme. Pada 27 Jun 2024 (Khamis), semua pegawai psikologi dan kaunselor pelatih BKUPM telah dijemput untuk bekerjasama bersama penganjur Pusat Kesihatan Universiti (PKU) bagi menjayakan “HEALTH AND WELLNESS OUTREACH PROGRAMME”. Program ini telah dilaksanakan dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Lokasi program adalah di sekitar pejabat pendaftaran, Fakulti Pertanian.
Program ini merupakan inisiatif PKU untuk menyediakan satu platform kepada semua warga staf dan pelajar UPM untuk membuat pemeriksaan terhadap kesihatan badan dan kesejahteraan minda. Tujuan BKUPM membuka booth di program ini adalah untuk meyediakan aksesibiliti untuk peserta program menjalani pemeriksaan kesihatan minda dan mengenal pasti peserta program yang memerlukan bantuan kesihatan minda awal dan memberi bantuan yang sesuai
Aktiviti-aktiviti yang menarik telah dijalankan adalah 'My Emotion Today', menjawab ujian saringan minda sihat Dass-21 dan ujian psikologi emosi - ""Blob Tree'. Aktiviti 'My Emotion Today' memberi peluang kepada staf atau pelajar untuk meluahkan perasaan mereka melalui meletakkan pelekat di emosi yang berkenaan. Aktiviti menjawab ujian saringan minda sihat Dass-21 memberi peluang kepada staf atau pelajar yang menyertai program ini untuk mengetahui tahap kemurungan, kebimbangan dan tekanan mereka. Aktiviti ujian psikologi emosi - 'Blob Tree' memberi peluang kepada staf atau pelajar yang menyertai program ini untuk mengenal pasti emosi dan sifat personalti semasa dan masa depan mereka dengan memilih daripada 21 gambar rajah blob di atas pokok.

Program ini telah disertai oleh sejumlah 35 peserta dengan meriah dan penuh semangat. BKUPM akan terus turun padang agar dapat memberi peluang kepada staf atau pelajar UPM untuk memeriksa dan menjaga kesejahteraan minda dan emosi mereka. Semoga program sebegini sentiasa membuka ruang kepada BKUPM bagi membantu semua warga UPM yang memerlukan.

Tarikh Input: 30/06/2024 | Kemaskini: 30/06/2024 | ayna

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia