JERAYAWARA BKUPM SEMPENA KARNIVAL @PSAS UPM | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » JERAYAWARA BKUPM SEMPENA KARNIVAL @PSAS UPM

JERAYAWARA BKUPM SEMPENA KARNIVAL @PSAS UPM

Oleh : Puan Wan Azurani Wan Ahmad K.B.;P.A.

SERDANG, 28 Mei - Bahagian Kaunseling UPM sangat berbesar hati dengan jemputan membuka reruai di Karnival @Perpustakaan Sultan abdul asamad (PSAS, UPM). Booth pameran ini telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 28 dan 29 Mei 2024, bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang, bertempat di Anjung Ilmu, Aras 1, Blok B PSAS, UPM.

Aktiviti turun padang ini, merupakan salah satu inisiatif BKUPM bagi mempromosikan perkhidmatan kaunseling selain turut membawakan barisan kauselor BKUPM bagi bertemu langsung dengan pelanggan.

Pada kali ini, perkhidmatan yang ditawarkan di booth adalah sesi bimbingan, sama ada bimbingan kerjaya, pengurusan emosi, perkembangan kendiri, dan apa jua topik bimbingan yang diperlukan.

BKUPM juga menyediakan aktiviti terapi seni 'color therapy' dan 'clay therapy' khusus bagi mereka yang gemarkan aktiviti seni.

Paparan QR code disediakan bagi memudahkan semua yang singgah untuk mendapatkan perkhidmatan khususnya ujian psikologi secara atas talian. Saringan kesejahteraan diri iaitu ujain DASS21, dan ujian personaliti Linggo boleh diakses terus untuk pelanggan menjalani ujian. Selain barisan kaunselor dan staf BKUPM, tiga orang kaunselor pelatih di BKUPM iaitu Saudari Ong Xin Ting, Saudari Najwa Nur Wahida Mohd Tarmizi, Saudari Iffah Jauzi turut sama melayani pengunjung dan memberikan perkhidmatan.

Para pelanggan yang singgah juga diberikan door gift istimewa.

BKUPM akan sentiasa turun padang agar perkhidmatan yang ditawarkan sampaikepada semua staf dan pelajar tidak kira mereka daripada fakulti atau entiti mana. Semoga aktiviti sebegini sentiasa membuka ruang kepada bkupm bagi membantu semua warga UPM yang memerlukan.

Kepada semua boleh follow BKUPM di media sosial rami bagi mengikuti aktiviti / program anjuran Bahagian Kaunseling yang seterusnya.

Dan....Kita bertemu lagi di reruai BKUPM yang akan datang.!

  

   

 

Tarikh Input: 31/05/2024 | Kemaskini: 31/05/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
W, (07:45:32pm-07:50:32pm, 18 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]