UPM Serdang, 1 Ogos – Program Jom Digital @ UPM - Elak Jadi Mangsa Scammer adalah anjuran Seksyen Kaunseling Pekerja Bahagian Kaunseling UPM dengan kerjasama KEPERTAMA UPM, Yayasan Digital Malaysia dan Persatuan Pendidikan Digital Komuniti yang diadakan pada 27 Julai 2023 bermula jam 8:30 pagi sehingga 1:00 tengah hari di Dewan Taklimat Serdang.
Program Jom Digital @ UPM - Elak Jadi Mangsa Scammer dibahagikan kepada 2 sesi. Sesi pertama Jenayah Siber - Elak Jadi Mangsa disampaikan oleh En Zaihan Mahamud. Slot kedua bertajuk Jenayah Siber - Modus Operandi Scammer disampaikan oleh Encik Ahmad Faizal Zulkipli, Ketua Pegawai Operasi Yayasan Digital Malaysia.

Gambar: Peserta (Kiri) bersama penceramah (Tengah, Kanan)
Program Jom Digital @ UPM - Elak Jadi Mangsa Scammer dimeriahkan dengan sesi penyampaian hadiah kuiz, cabutan bertuah dan penghargaan penyertaan PTJ yang teramai. Bahagian Keselamatan UPM, Pejabat Pendaftar dan Pejabat Bendahari telah terpilih bagi menerima kategori penyertaan teramai. Penutup majlis diserikan dengan penyampaian cenderamata penghargaan dari pihak Bahagian Kaunseling UPM yang disampaikan oleh Dr Mazila Ghazali, Ketua Bahagian Kaunseling UPM kepada Ts. Nasru Syazwan Nawai, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Digital Malaysia.
Program ini dijalankan bagi memberi peluang kepada warga kampus mendapat imu dan pendedahan berkaitan jenayah siber yang berleluasa dalam masyarakat. Program ini bertujuan sebagai langkah pencegahan agar dapat meminimakan risiko warga UPM ditipu oleh 'scammer' secara dalam talian. Selian itu, peserta juga diberi panduan tindakan yang pantas dan tuntas jika menjadi mangsa scammer., 115 orang warga kerja UPM dari pelbagai jawatan dan PTJ, Mencegah warga UPM daripada risiko menjadi mangsa jenayah siber dengan memupuk kesedaran mengenai aspek keselamatan diri di alam maya. Peserta program juga dapat berkongsi maklumat yang diperolehi dari program ini kepada rakan sejabatan agar lebih ramai mendapat manafaat., Penyelaras program Puan Kamariah Derasol merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat menjayakan program ini termasuklah KEPERTAMA UPM, Yayasan Digital Malaysia, Persatuan Pendidikan Digital Komuniti, Pusat Strategi Perhubungan Korporat dan Pusat Pembangunan Maklumat Dan Komunikasi (iDEC) UPM.
Dengan harapan oleh Penyelaras Program, Puan Kamariah binti Derasol menyatakan “semoga program kesedaran keselamatan siber ini dapat menjadi faktor pembendung kepada risiko mangsa scammer dalam kalangan warga kampus.

Gambar: Pemberian cenderamata sebagai tanda kenangan (Kiri) dan gambar kenangan program (Kanan)
Tarikh Input: 31/08/2023 | Kemaskini: 31/08/2023 | ayna

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia