KAUNSELOR LANCAR APLIKASI PUTRA-WELLNESS TRACKER DAN BUKU HALATUJU KERJAYA BAGI MENDEPANI ISU KESIHATAN MENTAL DAN KERJAYA | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » KAUNSELOR LANCAR APLIKASI PUTRA-WELLNESS TRACKER DAN BUKU HALATUJU KERJAYA BAGI MENDEPANI ISU KESIHATAN MENTAL DAN KERJAYA

KAUNSELOR LANCAR APLIKASI PUTRA-WELLNESS TRACKER DAN BUKU HALATUJU KERJAYA BAGI MENDEPANI ISU KESIHATAN MENTAL DAN KERJAYA

UPM SERDANG, 21 OKT – Bahagian Kaunseling UPM (BKUPM) telah melancarkan aplikasi Putra-Wellness Tracker dan Buku Halatuju Kerjaya Sempena Seminar Kaunseling Belia Kebangsaan 2022.

 

Aplikasi Putra Wellness Tracker dan Buku Halatuju Kerjaya telah dilancarkan oleh Timbalan Pengerusi Jemaah Pengetua, Universiti Putra Malaysia (UPM), YBhg. Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Shukri Muhammad Noor dan turut disaksikan oleh Pengarah Lembaga Kaunselor Malaysia, Prof. Madya Dr. Wan Marzuki, Ketua Bahagian Kaunseling UPM, Dr. Mazila binti Ghazali dan seramai hampir 5500 peserta yang terdiri daripada pelajar, staf dan komuniti dari seluruh Malaysia secara fizikal dan maya.

 

Dalam pelancaran ucapan Dr. Ahmad Shukri, penggunaan aplikasi Putra Wellness Tracker dan juga Buku Halatuju Kerjaya sangat penting kepada warga UPM dan komuniti dalam mendepani isu berkaitan kesihatan mental dan pengetahuan kerjaya.

 

BKUPM menghasilkan Aplikasi Putra Wellness bagi memudahkan pengguna memantau perkembangan diri. Aplikasi ini menekankan pengguna untuk mengamalkan elemen-elemen penting dalam kesejahteraan hidup. Sesuai dengan gaya hidup belia masa kini yang celik teknologi, aplikasi ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada dan kesedaran kepada para pengguna mengenai kepentingan menjaga kesejahteraan diri secara holistik. Bukan itu sahaja, penghasilkan buku Halatuju Kerjaya UPM yang merupakan hasil inisiatif Seksyen Kaunseling Kerjaya, Bahagian Kaunseling UPM yang berperanan untuk memandu proses perkembangan kerjaya. Buku ini mengandungi kisah-kisah kerjaya yang boleh memberikan manfaat dari segi maklumat kerja dan juga inspirasi bukan sahaja  kepada pelajar dan warga kerja UPM tetapi juga kepada masyarakat.

 

 

Dr. Ahmad Shukri sekali lagi menyeru agar semua pelajar memanfaatkan perkhidmatan yang diberikan oleh Bahagian Kaunseling UPM demi menjaga kesihatan mental dan kesejahteraan diri secara holistik.

Tarikh Input: 31/01/2023 | Kemaskini: 31/01/2023 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXFBAAe~