Kental Jiwa Pemimpin Muda | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Kental Jiwa Pemimpin Muda

Kental Jiwa Pemimpin Muda

Oleh : Encik Mohamad Ashaari bin Awab K.B.;P.A.

SERDANG, 21 Feb - Program Kental Jiwa Pemimpin Muda merupakan program kerjasama antara Majlis Pemimpin Kolej Pendeta Za'ba dan Seksyen Pembangunan Kendiri, Bahagian Kaunseling UPM. Program ini diadakan pada 17 Februari 2024 bermula jam 8.00 malam sehingga 11.00 malam yang bertempat di Dewan Bendahara Kolej Pendeta Za'ba UPM. Program ini dijalankan sempena Kem Kepimpinan Za'ba. Ia bertujuan membimbing peserta dari sudut kepimpinan dan kesejahteraan emosi sebagai persediaan menjadi pemimpin pelajar di peringkat kolej dan universiti. Ciri-ciri kepimpinan berkesan perlu ditanam pada diri mengikut panduan dan dipraktikkan untuk menjadi pemimpin yang berkesan. Kemahiran kepimpinan merupakan kekuatan dan kebolehan yang ditonjolkan seseorang individu yang dipertanggungjawabkan untuk mengawasi gerak kerja pekerja dan mencadangkan inisiatif dan mengemudi pekerja ke arah pencapaian matlamat yang diimpikan.

Peserta didedahkan dengan pengetahuan cabaran sebagai pemimpin dan pelajar dalam waktu yang sama dan punca serta teknik menghadapi tekanan. Seramai 37 orang peserta di kalangan pelajar dari Kolej Pendeta Za'ba UPM. Impak program adalah untuk mengekalkan semangat untuk berpersatuan, berani menjadi pemimpin dan bersedia menghadapi cabaran sebagai pempimpin dan pelajar dalam masa sama. Encik Mohamad Ashaari bin Awab K.B.;P.A., Pegawai Psikologi UPM selaku Penyelaras Program menyatakan "Bersyukur kerana program telah berjaya dilaksana dan berjalan lancar. Para peserta juga memberi respon yang baik serta menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang program berlangsung. Semoga program ini dapat diteruskan pada tahun yang seterusnya. Sebarang informasi menarik di Seksyen Pembangunan Kendiri, Bahagian Kaunseling UPM atau pertanyaan lanjut boleh layari laman sesawang Bahagian Kaunseling UPM di www.bkupm.edu.my "

 

 

Tarikh Input: 28/02/2024 | Kemaskini: 28/02/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcSAI~