KURSUS COGNITIVE BEHAVIORAL THERAPY FOR HEALING (CBT-H) TAHAP 1 | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » KURSUS COGNITIVE BEHAVIORAL THERAPY FOR HEALING (CBT-H) TAHAP 1

KURSUS COGNITIVE BEHAVIORAL THERAPY FOR HEALING (CBT-H) TAHAP 1

UPM Serdang, 25 September – Kursus ini diadakan khusus untuk Skim S (Pegawai Psikologi) UPM dan melibatkan dua wakil AKRAB UPM. Kursus ini telah disampaikan oleh Penceramah Jemputan iaitu Prof. Dr. Mohammad Aziz Shah Bin Mohamed Arip. Penganjuran kursus ini bagi memantapkan dan meningkat kemahiran kaunseling dan terapi dalam perkhidmatan kaunseling mengikut peredaran masa agar perkhidmatan yang disampaikan pantas, komprehensif dan mendepani keperluan semasa warga kampus.

Untuk makluman, Modul CBT-H menggabungkan matlamat-matlamat terapi kognitif dan terapi tingkahlaku dalam mempengaruhi emosi atau individu dalam satu bentuk terapi yang berorientasikan tindakan membina pemikiran positif dan sihat. CBT-H menyusun semula pendekatan CBT yang pelbagai dalam satu model pantas, mudah dan praktikal untuk menangani corak pemikiran maladaptif yang menyebabkan berlakunya tingkah laku maladaptif dan emosi-emosi negatif. Justeru, rawatan CBT memfokuskan kepada mengubah corak pemikiran seseorang individu bagi mengubah tingkah laku dan keadaan emosi individu tersebut.

Justeru, asas CBT-H perkongsian tiga asas yang saling menyokong iaitu;
a) proses pemikiran mempengaruhi perlakuan
b) proses pemikiran boleh dikawal dan diubahsuai dan
c) keinginan untuk mengubah perlakuan boleh dipengaruhi oleh perubahan pemikiran.

Kursus ini dijalankan pada 14-15 September 2023 (Khamis-Jumaat) dari 8.00 Pagi - 5.00 Petang di Dewan Seminar, Kolej Tun Dr. Ismail UPM. Peserta dapat mengetahui teori CBT for Healing, memperoleh banyak maklumat berkaitan konsep teras terapi kognitif tingkah laku, menganalisis permasalah klien dan memahami peranan sebenar kaunselor dalam konteks teori CBT, memahami dan mendalami teknik-teknik CBT for Healing serta aplikasikan CBT for Healing dalam kes klien.

Kursus ini terhad kepada 20 peserta sahaja. Berikut adalah pecahan peserta. 13 orang pegawai psikologi dari Bahagian Kaunseling UPM, seorang pegawai psikologi dari Pejabat Pendaftar UPM, dua orang pegawai psikologi dari Hospital Sultan Abdul Aziz Shah UPM, dua orang pegawai psikologi dari UPM Kampus Bintulu dan dua orang wakil AKRAB UPM.

Impak kursus ini adalah untuk memantapkan ilmu serta meningkatkan kemahiran Pegawai Psikologi dan AKRAB UPM dalam proses membantu klien serta demi kesejahteraan emosi dan mental warga kampus UPM. Setiausaha Program iaitu Pn. Noorihayatti Noorudin menyatakan "Bersyukur kerana Kursus CBT-H dapat berjalan dengan jayanya dan mendapat sokongan dan komitmen yang padu dari semua yang terlibat. Rakaman setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Pejabat Pendaftar atas kerjasama yang diberikan. Maklumbalas dan cadangan dari peserta, mengharapkan kursus ini dapat diteruskan ke tahap seterusnya."

 

  

 

Tarikh Input: 29/09/2023 | Kemaskini: 29/09/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeSAy~