Kursus NLP Dan Terapi Alam | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Kursus NLP dan Terapi Alam

Kursus NLP dan Terapi Alam

Oleh: Encik Mohamad Ashaari bin Awab K.B.;P.A., Penyelaras AKRAB UPM

PUCHONG, 30 September - Kursus Pemantapan AKRAB Siri 4/2024 Kursus Pemantapan AKRAB ini merupakan program yang diadakan secara berkala setiap tahun buat ahli AKRAB UPM. Kursus kali ini berbeza dan istimewa kerana biasanya kami berkursus di auditorium Bahagian Kaunseling, namun kali ini para peserta di bawa merasai pengalaman berbeza berkursus di Hutan Puchong Ayer Hitam UPM. Kursus ini dilaksanakan pada 7-8 September 2024 iaitu hari pertama bermula jam 8.30 pagi - 4.30 petang dan hari kedua 7.30 pagi - 1.00 petang.

Pendaftar UPM, Encik Muhazam Mansor turut hadir merasmikan program pada kali ini. Harapan beliau agar Program ini dapat meningkatkan kemahiran serta ilmu pengetahuan kepada ahli AKRAB UPM seterusnya lebih yakin dan berkemahiran dalam memberi bantuan dan sokongan emosi dan kesejahteraan mental kepada warga UPM.

Antara keperluan semasa warga UPM adalah aspek kesedaran dan penjagaan kesihatan mental. Justeru itu, dalam program ini ahli AKRAB akan diberikan dengan pelbagai teknik untuk membantu klien yang mendapatkan perkhidmatan daripada AKRAB. Inisiatif ini selari dengan aspirasi Naib Canselor Universiti Putra Malaysia dalam Memperhebat Prakarsa Kesejahteraan Kampus.

Sejurus perasmian, kursus dimulakan dengan sesi En Zaim (selain Jurulatih NLP, beliau juga seorang Kaunselor berdaftar di Bahagian Kaunseling UPM). Percaya sebelum berjaya. Itulah salah satu kata kunci pada sesi En Zaim. Selepas itu Dr Yazid memperkenalkan diri dan pengenalan aktiviti NLP dan terapi alam. Sesi petang pula dikelola oleh mantan pengerusi AKRAB UPM, En Razali. Walaupun telah berpencen, namun beliau tetap aktif dan sangat memberi sokongan kepada AKRAB agar lebih maju dan memberi manfaat sebaik mungkin kepada UPM khususnya dan Malaysia tercinta.

Hari kedua pula aktiviti diteruskan dengan 'jungle trekking' dan 'water confident'. Tapi bukan sekadar itu, aktiviti turut diselitkan dengan aplikasi ilmu yang dipelajari semalam. Juga pelbagai info dan tips membuatkan kami sangat teruja. Maha suci Allah yang menguasai langit dan bumi.
Sesungguhnya banyak bukti kebesaranNya dan betapa rahmat dan kasih sayang Nya atas segala kurnia Nya.

Penyelaras AKRAB Encik Mohamad Ashaari Awab berharap agar Program ini dapat menyuntik dan menyemai ukhwah Fillah dalam kalangan ahli AKRAB UPM. Di samping itu, dapat melaksanakan aktiviti yang lebih berimpak dan bermanfaat secara bersama antara ahli AKRAB yang merangkumi tiga kategori iaitu Pengurusan dan Profesional (Akademik), Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik) serta pelaksana seterusnya ilmu yang diperoleh AKRAB UPM melalui program ini dapat dikembalikan kembali kepada warga UPM.

 

 

 

 

Tarikh Input: 30/09/2024 | Kemaskini: 30/09/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
W, (09:54:15pm-09:59:15pm, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]