KURSUS PEMANTAPAN AKRAB : PROGRAM NEURO LIGUISTIK | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » KURSUS PEMANTAPAN AKRAB : PROGRAM NEURO LIGUISTIK

KURSUS PEMANTAPAN AKRAB : PROGRAM NEURO LIGUISTIK

UPM Serdang, 1 November – Kursus Pemantapan AKRAB ini merupakan program yang diadakan setiap tahun buat ahli AKRAB UPM. Program ini diadakan bertujuan untuk menambah dan meningkatkan kemahiran serta pengetahuan Ahli AKRAB. Penganjuran program ini juga bagi memantapkan ilmu dan teknik kepada Ahli AKRAB dalam memberikan bimbingan, bantuan sokongan emosi dan kesejahteraan mental kepada warga UPM.
Antara keperluan semasa warga UPM adalah aspek kesedaran dan penjagaan kesihatan mental. Justeru itu, dalam program ini ahli AKRAB akan diberikan dengan pelbagai teknik untuk membantu klien yang mendapatkan perkhidmatan daripada AKRAB.

Kursus Pemantapan AKRAB ini diadakan pada 20 Oktober 2023 bermula jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang yang bertempat di Auditorium, Bahagian Kaunseling UPM. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ahli AKRAB dalam proses membantu warga UPM agar berada dalam keadaan sejahtera mental dan emosi. Selain itu, dengan ada program seumpama ini dapat juga mengeratkan hubungan serta dapat bertukar pandangan di kalangan ahli AKRAB. Seramai 29 ahli AKRAB UPM, lima (5) Pegawai Psikologi dan dua (2) Pelajar selaku Kaunselor Pelatih, Bahagian Kaunseling UPM yang terlibat secara langsung dalam program ini. Impak program ini adalah untuk menyuntik semangat yang tinggi kepada ahli AKRAB dan peserta yang hadir bagi terus menyampaikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada warga kampus. Besar harapan agar peserta dapat menjadi sumber dokongan untuk membantu warga kampus yang memerlukan khidmat AKRAB atau Kaunselor. Puan Noorihayatti binti Noorudin selaku penyelaras program ini menyatakan "Alhamdulillah, program berjalan lancar seperti yang telah dirancang dan mendapat komitmen padu daripada ahli AKRAB. Testimoni peserta, mengharapkan program ini dapat diteruskan dengan siri berikutnya untuk lebih mempelajari teknik-teknik lain yang boleh mereka aplikasi dalam memberikan perkhidmatan bimbingan dan sokongan kepada klien."

  

  

Gambar: Memori program Kursus Pemantapan AKRAB

Tarikh Input: 29/11/2023 | Kemaskini: 29/11/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeRAr~