KURSUS PEMANTAPAN AKRAB SIRI 1/2025 : SOLUTIONS FOCUSED BRIEF THERAPHY | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » KURSUS PEMANTAPAN AKRAB SIRI 1/2025 : SOLUTIONS FOCUSED BRIEF THERAPHY

KURSUS PEMANTAPAN AKRAB SIRI 1/2025 : SOLUTIONS FOCUSED BRIEF THERAPHY

Oleh : Puan Syarifah Sheril Azlin binti Syed Baharin K.B.;P.A.

SERDANG, 7 Mac - Kursus pemantapan AKRAB Siri 1/2025 : Solutions Focused Brief Theraphy merupakan inisiatif Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) dan Seksyen Kaunseling Kerjaya, Bahagian Kaunseling UPM. Program ini telah dilaksanakan pada 27 Februari 2025 bertempat di Dewan Kuliah 4, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Pengarah program pada kali ini adalah Prof. Datin Dr. Sharida Fakurazi yang juga merupakan Exco AKRAB UPM. Program ini kali membawa perkongsian menarik berkaitan Solutions Focused Brief Theraphy (SFBT) yang disampaikan oleh YM Dr. Raja Kamariah Binti Raja Mohd Khalid, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Objektif program ini adalah memberi pengetahuan tentang Solution Focused Brief Theraphy (SFBT) kepada AKRAB UPM dan pihak pengurusan Fakulti dalam meningkatkan keupayaan membimbing rakan sekerja atau bawahan dengan praktikal dan berkesan. Program ini dihadiri oleh Ahli AKRAB UPM, pihak pengurusan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, dan pegawai psikologi BKUPM serta HSAS. Perkongsian yang menarik berkaitan tajuk ini adalah teknik asas dalam SFBT iaitu miracle question, scalling question dan identitying exceptions yang sangat berguna untuk digunakan dalam proses membimbing.

Salah seorang peserta program iaitu Prof. Dr. Cheah Pike See menyatakan ' Practically helpful to various issues at work'. Selain itu, Puan Salimah Japar, juga peserta program menyatakan 'Pengetahuan baru untuk diri sendiri dan aplikasi kepada staf dan pelajar'. Ini menunjukkan program ini memberikan satu pendekatan yang baharu dan praktikal yang digunakan oleh peserta dalam membantu diri dan orang lain disekelilingnya. Kesimpulannya, program ini adalah sangat memberi impak positif kepada semua peserta.

 

Tarikh Input: 19/03/2025 | Kemaskini: 19/03/2025 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
W, (09:50:38pm-09:55:38pm, 27 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]