KURSUS PEMANTAPAN AKRAB SIRI I : CORPORATE MASSAGE THERAPY | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » KURSUS PEMANTAPAN AKRAB SIRI I : CORPORATE MASSAGE THERAPY

KURSUS PEMANTAPAN AKRAB SIRI I : CORPORATE MASSAGE THERAPY

UPM Serdang, 23 Mei - Kursus Pemantapan AKRAB ini merupakan program tahunan buat ahli AKRAB UPM. Penganjuran kursus ini sebagai penambahan dan peningkatan pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada ataupun yang baharu buat ahli AKRAB. Kursus ini telah jaya dilaksanakan pada 19 Mei 2023 hari Jumaat bermula jam 8.30 Pagi sehingga 12.30 Tengah Hari yang bertempat di Auditorium, Bahagian Kaunseling UPM. Seramai 31 Ahli AKRAB, 4 Pegawai Psikologi BKUPM dan seorang Pelajar Latihan Industri di BKUPM dan seorang Terapis Urut telah terlibat dalam kursus ini.

Kursus Pemantapan Siri I adalah bertajuk Corporate Massage Therapy. Pilihan kursus ini adalah sebagai pendedahan dan ilmu baharu buat ahli AKRAB. Antara yang dipelajari daripada kursus ini adalah jenis-jenis urutan dan bagaimana kaedah mengurut yang mudah dan praktikal untuk membantu mereka yang berada dalam keadaan stres. Perkongsian ini telah di sampaikan oleh gandingan mantap daripada Encik Mohd Redzuan Zamberi (Pegawai Psikologi Kanan, Bahagian Kaunseling UPM) dan Encik Zainal Abidin Shaari (AKRAB UPM) daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan serta dibantu oleh fasilitator iaitu Puan Izwana Ismail (Pegawai Psikologi, Bahagian Kaunseling UPM) dan Puan Norarsikin Abu Hassan (Terapis Urut).

Impak program adalah untuk memberi kemahairan tambahan pada ahli AKRAB untuk diaplikasi di tempat dan buat warga kerja UPM serta dengan adanya kursus seumpama ini dapat membina jaringan di kalangan ahli AKRAB.

Pegawai Kaunselor UPM, Puan Noorihayatti binti Noorudin selaku Penyelaras AKRAB menyatakan "Alhamdulillah, Kursus Pemantapan AKRAB bertajuk Corporate Massage telah berjaya dilaksanakan. Saya sangat bersyukur dengan komitmen dan sokongan daripada ahli AKRAB yang sangat memberangsangkan. Sebagai langkah penjimatan untuk universiti, pada kali ini kita mohon ahli AKRAB untuk bersama-sama menyediakan makanan secara potluck. Melalui kursus ini juga tutut dapat membina bonding dikalangan ahli AKRAB. Jumpa lagi kita pada kursus pemantapan AKRAB yang akan datang".

 

Tarikh Input: 30/05/2023 | Kemaskini: 31/05/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeQAY~