LATIHAN KECEMASAN BAGI PELAN TINDAKAN INSIDEN BAHAGIAN KAUNSELING UPM | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » LATIHAN KECEMASAN BAGI PELAN TINDAKAN INSIDEN BAHAGIAN KAUNSELING UPM

LATIHAN KECEMASAN BAGI PELAN TINDAKAN INSIDEN BAHAGIAN KAUNSELING UPM

UPM Serdang, 27 September – Latihan kebakaran bagi Pelan Tindakan Insiden (IAP) merupakan satu program inisiatif Bahagian Kaunseling UPM berpandukan Pejabat Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (PPKKP) di UPM yang wajib dilaksanakan setiap tahun. Latihan kebakaran ini memberikan informasi tentang cara menyelamatkan diri semasa kebakaran bagi pekerja, pelajar dan pelawat.

Latihan ini diadakan pada 21 September 2023 bermula jam 9.00 Pagi hingga 1.00 Petang di Bangunan Bahagian Kaunseling UPM. Latihan ini merupakan salah satu keperluan untuk Pasukan Tindakan Kecemasan [Emergency Response Team (ERT)] memahami peranan jika mengalami sebarang kecemasan/kebakaran yang berlaku. Tambahan ia memberikan kesedaran kepada pekerja, pelajar atau pelawat tentang teknik untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku kecemasan/kebakaran di bangunan Bahagian Kaunseling UPM.

Teknik-teknik mengimplementasikan tatacara pengungsian seperti loceng akan berbunyi berterusan, berlari untuk selamatkan diri dan berkumpul di Assembly Point, ERT juga akan membuat semakan dalam senarai nama dan keberadaan di sesuatu ruang, laluan kecemasan haruslah diketahui dan diingati oleh pekerja, pelajar dan pelawat. Seterusnya, latihan ini diadakan di bangunan Bahagian Kaunseling UPM adalah untuk menyampaikan teknik-teknik penggunaan pertolongan cemas, pemadam api dan melibatkan perhubungan dengan pihak PTJ yang berwajib. Pihak Unit Bantu Mula,PPKKP pada masa latihan akan memberitahu tentang punca kebakaran seperti daripada elektrik, aliran wayar yang terlalu lama, penyaluran wayar yang rosak dan sebagainya.

Penglibatan latihan ini adalah terdiri daripada pihak Unit Bantu Mula, Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, pihak Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset, pihak Unit Perhubungan dan Bilik Gerakan, Pusat Polis Bantuan dan Keselamatan Universiti, pihak Pusat Kesihatan Universiti dan semua individu yang berada dalam sekitar bangunan terutama difokuskan kepada pekerja Bahagian Kaunseling UPM. Latihan ini memberi manfaat bagi menyalurkan informasi tentang risiko yang berlaku. Sekiranya pekerja dan individu terlibat semasa latihan mengetahui risiko tersebut maka ketersediaan dan pencegahan untuk tidak cuai semasa mengendalikan ruang atau perkakasan yang berisiko. Kesimpulannya, Bahagian Kaunseling memastikan bahawa latihan kebakaran diadakan di bangunan Bahagian Kaunseling untuk memahami kepentingan aset dan terutama sekali bagi nyawa seseorang. Kami daripada ERT Bahagian Kaunseling bersyukur atas pelaksanaan Latihan Kecemasan di Bahagian Kaunseling ini dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa disedari oleh pihak individu yang terlibat dalam bangunan. Semoga latihan ini dapat diteruskan dan menjadikan satu kebaikan dan manfaat buat kita semua.

 

   

 

 

Tarikh Input: 29/09/2023 | Kemaskini: 29/09/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeWAQ~