Latihan Kecemasan Bagi Pelan Tindakan Insiden BKUPM | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Latihan Kecemasan bagi Pelan Tindakan Insiden BKUPM

Latihan Kecemasan bagi Pelan Tindakan Insiden BKUPM

SERDANG - Sebagai salah satu usaha memastikan menyediakan tempat kerja selamat kepada staf dan pelanggan, BKUPM telah melaksanakan Latihan Kecemasan bagi Pelan Tindakan Insiden pada tahun ini.

Program latihan ini telah dilaksanakan pada 11 Ogos 2022, Khamis, jam 9.30 pagi. Latihan ini dilaksanakan di Bangunan Bahagian Kaunseling UPM bagi menguji sistem pencegahan kebakaran dan latihan kepada Pelan Tindakan Insiden (IAP) BKUPM yang telah dibangunkan, termasuklah latihan pengungsian bangunan. Setelah latihan selesai, perbincangan rumusan dibuat bagi menilai dan melihat kembali sebarang peluang penambahbaikan yang boleh diambil.

Latihan ini turut mendapat kerjasama baik daripada PTJ UPM terlibat iaitu Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Pihak Bantu Mula dari Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, (PPKKP) serta Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA). 

Ahli Jawatankuasa Emergency Response Team (ERT) BKUPM yang diketuai oleh Komander Insiden iaitu Dr. Mazila Ghazali dan pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Puan Wan Azurani Wan Ahmad telah menjalankan fungsi dan peranan mengikut tugasan masing-masing semasa latihan dijalankan. Tujuan latihan diadakan adalah bagi memberikan kefahaman, kemahiran serta praktis kepada semua ahli jawatankuasa agar masing-masing memahami dan sentiasa bersedia dengan tanggungjawab yang diamanahkan. Latihan ini juga bagi memastikan semua ahli jawatankuasa memahami pelan tindakan insiden yang telah dibangunkan. Ini bagi mempersiapkan diri terhadap sebarang risiko keselamatan kepada semua penghuni dan juga pelanggan sekiranya kes kecemasan sebenar berlaku.

Bahagian Kaunseling UPM sentiasa berusaha menyediakan kemudahan yang selamat kepada semua. Mereka berharap agar dijauhkan dari segala kemudaratan baik kepada penghuni mahu pun pelanggan serta mengharapkan pelanggan sentiasa percaya dan berasa selamat untuk mendapatkan perkhidmatan di BKUPM.

Tarikh Input: 22/09/2022 | Kemaskini: 22/09/2022 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXFBCA1~