Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam Ke Jabatan Kerja Raya Malaysia | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam ke Jabatan Kerja Raya Malaysia

Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam ke Jabatan Kerja Raya Malaysia

UPM Serdang, 22 Jun - Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam ke Jabatan Kerja Raya Malaysia ini adalah merupakan salah satu latihan dan pendekatan yang efektif bagi pembudayaan amalan keseragaman untuk perlaksanaan EKSA di Bahagian Kaunseling. Lawatan ini adalah lawatan kali kedua semenjak amalan EKSA dijalankan di Bahagian Kaunseling. Ini menunjukkan usaha dan komitmen yang serius daripada semua warga Bahagian Kaunseling dalam terusan untuk mendapatkan pensijilan cemerlang dalam Ekosistem Kondusif Sektor Awam. Lawatan ini dijalankan pada 22 Jun 2023 bermula jam 9.00 Pagi hingga 1.00 Petang yang bertempat di Menara Kerja Raya, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur.

 

Lawatan Penanda Aras ini adalah satu usaha yang jitu bagi warga Bahagian Kaunseling dalam membudayakan amalan EKSA dengan sokongan yang berterusan daripada Ketua Bahagian Kaunseling, Dr. Mazila Ghazali. Lawatan ini disambut baik oleh pihak Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, CDPK di Ibu Pejabat, Jabatan Kerja Raya. Jabatan Kerja Raya menjadi pilihan sebagai tempat lawatan kerana Jabatan Kerja Raya telah mendapat sijil pengiktirafan yang cemerlang bagi amalan EKSA dan EKSA DIY (Ekosistem Kondusif Sektor Awam Do-It-Yourself) di Malaysia. Seramai 12 orang yang terlibat dalam lawatan ini iaitu terdiri 9 orang pegawai psikologi dan 3 orang staf.

  

Setelah berada setengah hari dalam lawatan berkenaan, semua peserta lawatan sangat teruja dan mempunyai perancangan yang pelbagai untuk dilaksanakan di Bahagian Kaunseling. Ini menunjukkan perkongsiaan pengalaman lawatan dari pihak Jabatan Kerja Raya memberikan impak yang positif dan semoga ia berterusan menjadi budaya di Bahagian Kaunseling UPM.

 

Jawatankuasa Pelaksana EKSA Bahagian Kaunseling UPM berharap lawatan penanda aras ini dapat memberi manfaat kepada warga Bahagian Kaunseling UPM atas perkongsian ilmu daripada pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia dan pemantapan EKSA dapat diteruskan seiring mengangkat Penyataan Komitmen EKSA UPM dalam menyokong Visi, Misi, dan Objektif EKSA UPM.

Tarikh Input: 30/06/2023 | Kemaskini: 30/06/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXFBCAC~