Lawatan Penanda Aras EKSA Bahagian Kaunseling Ke PSAS UPM | BAHAGIAN KAUNSELING UPM bkupm
» BERITA » Lawatan Penanda Aras EKSA Bahagian Kaunseling Ke PSAS UPM

Lawatan Penanda Aras EKSA Bahagian Kaunseling Ke PSAS UPM

Oleh : Puan Syarifah Sheril Azlin binti Syed Baharin K.B.;P.A.

SERDANG, 29 Julai - Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) oleh Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (UPM) ke Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS UPM) telah diadakan pada 17 Julai 2024 (Rabu) bermula jam 10.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Lawatan ini bertujuan untuk melihat secara langsung pelaksanaan EKSA di PSAS UPM sebagai penanda aras bagi memperolehi pensijilan EKSA di Bahagian Kaunseling UPM.

Lawatan ini disambut baik oleh PSAS yang dipengerusikan oleh Puan Haslawati Maamor selaku Pengerusi EKSA PSAS UPM. Satu taklimat berkaitan pelaksanaan EKSA disampaikan oleh pihak Urus Setia dan disusuli dengan lawatan ke ruang pejabat dan laman luar yang terpilih iaitu ruang rehat, arkib, tingkat 2 dan laman herba PSAS sebagai ruang contoh. Lawatan ini dihadiri oleh 15 orang warga BKUPM dan juga turut sama adalah tim daripada Pusat Asasi Pertanian UPM dalam sesi tersebut.

Hujung lawatan penanda aras ini, pihak PSAS UPM merakamkan jutaan terima kasih kepada pegawai yang hadir dan berharap atas perkongsian yang telah disampaikan dapat mencapai matlamat dan perancangan pihak Bahagian Kaunseling UPM untuk memperolehi pensijilan EKSA kelak.

Selaku Penyelaras EKSA PSAS, Puan Nurul Aini Mokthar menyatakan mempunyai perancangan untuk melawat Bahagian Kaunseling UPM kelak dan beliau berharap bertukar idea dalam meningkatkan perlaksaan EKSA di pusat tanggungjawab masing-masing.

Jawatankuasa Pelaksana EKSA Bahagian Kaunseling UPM berharap lawatan penanda aras ini dapat memberi manfaat kepada warga Bahagian Kaunseling UPM atas perkongsian ilmu daripada pihak PSAS UPM dan pemantapan EKSA dapat diteruskan seiring mengangkat Penyataan Komitmen EKSA UPM dalam menyokong Visi, Misi, dan Objektif EKSA UPM.

 

  

 

 

 

Tarikh Input: 31/07/2024 | Kemaskini: 31/07/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
W, (01:50:18pm-01:55:18pm, 22 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]