Lawatan Penanda Aras EKSA Bangkit Mood Normalisasi EKSA Di BKUPM | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Lawatan Penanda Aras EKSA Bangkit Mood Normalisasi EKSA di BKUPM

Lawatan Penanda Aras EKSA Bangkit Mood Normalisasi EKSA di BKUPM

UPM Serdang- Bahagian Kaunseling UPM (BKUPM) telah mengadakan lawatan penanda aras EKSA ke Pusat Perhubungan Alumni bertarikh 29 julai 2022 yang lepas. Lawatan ini merupakan lawatan pertama yang dilaksanakan selepas terhentinya aktiviti pelaksanaan EKSA akibat wabak Covid-19. Akhirnya, pada tahun 2022, pelbagai aktiviti fizikal telah dibenarkan dan BKUPM mengambil peluang untuk menggiatkan usaha dalam menormalisasi budaya EKSA di BKUPM.  Lawatan BKUPM ke Pusat Perhubungan Alumni disambut dengan mesra dan meriah oleh Timbalan Pengarah, En. Fahmi Azar Mistar dan staf Pusat Perhubungan Alumni. Kunjungan BKUPM ke Pusat Perhubungan Alumni adalah menambahkan pengetahuan dan memperkembangkan idea bagi tujuan perlaksanaan EKSA di Bahagian Kaunseling UPM.

Program lawatan penanda aras EKSA ini dimulakan kata-kata aluan pembukaan oleh Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Prof. Madya Dr. Arba'ie Sujud serta taklumat pelaksanaan EKSA oleh En. Mohamad Sahrizan MOhd Yatim selaku penyelaras EKSA di Pusat Perhubungan Alumni.  Acara seterusnya adalah lawatan fizikal ke seluruh zon EKSA yang terdapat di Pusat Perhubungan Alumni iaitu Zon SEBA dan Zon MEKAR.  Kata Puan Syarifah Sheril, ‘lawatan ini memberikan impak yang besar dari segi idea dan pemahaman yang mendalam berkaitan perlaksanaan EKSA’. Lawatan ini juga memberikan hasil yang baik daripada segi hubungan silaturahim antara warga BKUPM dan Pusat Perhubungan Alumni. Lawatan ini berakhir jam 12.00 tengah hari dengan meninggalkan kesan memori dan peningkatan motivasi untuk melaksanakan EKSA di Bahagian Kaunseling UPM kelak.

 

Tarikh Input: 15/08/2022 | Kemaskini: 15/08/2022 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeSAe~