Majlis Apresiasi BKUPM UPM Disambut Meriah | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Majlis Apresiasi BKUPM UPM Disambut Meriah

Majlis Apresiasi BKUPM UPM Disambut Meriah

Serdang, 22 Dis – Majlis Apresiasi Bahagian Kaunseling UPM untuk warga pekerja dengan bertemakan Masquerade (bertopeng) disambut dengan meriah. Sempena Majlis Apresiasi BKUPM, Kelab Kebajikan dan Rekreasi bertungkus lumus menyediakan pelbagai aktiviti serta hadiah menarik khusus untuk warga kerja Bahagian Kaunseling UPM.

 

Majlis yang diadakan di Auditorium BKUPM telah disambut baik oleh setiap staf yang hadir dengan berpakaian menarik serta bertopeng. Melalui Majlis Apresiasi yang diadakan, Ketua Bahagian Kaunseling UPM, Dr. Mazila Ghazali telah menyampaikan hadiah buat Pemenang Pingat Gangsa bagi Pertandingan HKIP UPM 2022 iaitu Kumpulan Insight bagi Projek Putra Wellness Tracker dan Kumpulan Idea bagi Projek I-Counseling Management System. Manakala Presiden Kelab telah menyampaikan hadiah kepada Puan Noraini Nordin dan En. Haironizam Jaini yang terpilih sebagai penampilan kostum pakaian paling terbaik. Dalam kategori Anugerah Pekerja Cemerlang pula, Puan Syarifah Sheril Azlin telah dianugerahkan sebagai Pekerja Cemerlang (pegawai) dan Puan Noraini (pelaksana) bagi Q3. Manakala Anugerah Pekerja Cemerlang Q4 bagi tahun 2022 dianugerahkan kepada Puan Kemelia (pegawai) dan Encik Haironizam (pelaksana).

 

Majlis Apresiasi ini juga dimeriahkan lagi dengan nyanyian lagu Selamat Hari Lahir kepada setaf-staf BKUPM yang lahir dalam bulan Oktober, November dan Disember. Dr. Mazila sebagai berkata, ‘majlis apresiasi ini bukan sahaja dalam meraikan sta-staf BKUPM tetapi juga dapat mengeratkan hubungan keluarga BKUPM’.

Menurut En. Muhammad Za’im selaku Presiden Kelab, Majlis Apresiasi sebegini akan terus menjadi acara tahunan Bahagian Kaunseling UPM, Majlis tersebut diakhiri dengan bacaan doa selamat dan jamuan ‘PotLuck’ yang disumbangkan oleh setiap staf. - UPM

 

Gambar Majlis Apresiasi Bahagian Kaunseling UPM

   

    

Tarikh Input: 24/02/2023 | Kemaskini: 24/02/2023 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeUAh~