MAJLIS APRESIASI DAN 'IHYA RAMADHAN BKUPM 2023 | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » MAJLIS APRESIASI DAN 'IHYA RAMADHAN BKUPM 2023

MAJLIS APRESIASI DAN 'IHYA RAMADHAN BKUPM 2023

UPM Serdang, 22 Mac - Kelab Kebajikan dan Rekreasi BKUPM telah menjalankan Majlis Apresiasi dan ‘Ihya Ramadhan yang sungguh bermakna buat semua warga BKUPM. Empat aktiviti telah dijalankan ketika majlis ini iaitu bacaan doa selamat menyambut Bulan Ramadhan yang tiba, meraikan ulangtahun kelahiran ahli kelab bulan Januari hingga Mac, majlis perpisahan dan ucapan maju jaya buat Encik Norsyahriman bin Md. Arif yang telah berpindah PTJ baharu, dan dua orang pelajar Latihan Industri yang telah tamat.

Majlis tersebut telah dijalankan pada 21 Mac 2023 bermula jam 9.00 Pagi yang bertempat di Auditorium, Bahagian Kaunseling UPM dengan penglibatan semua Ahli Kelab Kebajikan & Rekreasi dan juga pelajar latihan industri. Perjalanan majlis berlangsung dengan baik dan jayanya. Majlis ini dijalankan kerana memberi ruang dan peluang mengukuhkan lagi ikatan ukhuwah antara satu sama lain di kalangan warga BKUPM. Semua warga BKUPM telah diberikan cenderahati ramadhan iaitu pati delima dan kurma sebagai santapan ketika ramadhan kali ini. Selain itu, sambutan ulangtahun kelahiran dihidangi pulut berhias yang sungguh sedap, pemberian cenderahati perpisahan buat Encik Norsyahriman bin Md. Arif serta sumbangan kelahiran cahaya mata baharu buat Puan Syarifah Sheril Azlin.

Aktiviti seperti ini antara aktiviti sokongan emosi dalam membina ikatan silaturahim dan ukhuwah ini terus mekar sehingga ke Jannah dan terusan menghasilkan produktiviti kerja yang bermutu dan berkualiti.

Pihak pengurusan kelab kebajikan dan rekreasi, BKUPM amat berharap semua warga BKUPM mendapat manfaat daripada aktiviti yang dijalankan dan diharap sebagai penyuntik semangat untuk terus bekerja dengan cemerlang dan positif.

 

Tarikh Input: 27/03/2023 | Kemaskini: 27/03/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXFBBAQ~