Majlis Bacaan Yasin Dan Tazkirah Mingguan Di BKUPM - KKR | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Majlis Bacaan Yasin dan Tazkirah Mingguan di BKUPM - KKR

Majlis Bacaan Yasin dan Tazkirah Mingguan di BKUPM - KKR

SERDANG, 30 Mac - Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) Bahagian Kaunseling UPM (BKUPM) menganjurkan Bacaan Yasin dan Tazkirah Mingguan yang dirancang pada setiap hari Jumaat di Bahagian Kaunseling UPM sepanjang bulan Ramadan iaitu bulan keberkatan ibadah berpuasa. Bermula minggu pertama iaitu pada 15 Mac 2024 bertempat di Pejabat Am, BKUPM mulai jam 9.00 pagi dengan pimpinan bacaan yasin dan doa selamat oleh Encik Mohamad Shafiq bin Mahadi.

Seterusnya, penyampaian tazkirah perkongsian dalam majlis ilmu oleh Encik Ahmad Fariz Firdaus bin Ahmad Saupi dengan merujuk pada Muntakhab Ahadis (Hadis-Hadis Pilihan) berkaitan kebaikan dan keberkatan bulan Ramadan dan amalan ketika bulan Ramadan, turut dengan perkongsian manfaat daripada Encik Mohamad Shafiq bin Mahadi berkaitan keberkatan Ramadan pada 10 hari pertama Ramadan adalah fasa rahmat yang merupakan fasa sukar mengubah tabiat tetapi yang paling bermanfaat. Kita melakukan kebaikan dalam fasa ini, pintu rahmat yang paling luas dibuka. 10 hari kedua adalah fasa pengampunan (Maghfirah). Nabi Muhammad SAW berpesan bahawa dalam 10 hari kedua Ramadan ini kita hendaklah memohon keampunan kepada Allah SWT. Pengampunan dengan menyelamatkan orang yang berpuasa daripada dosa yang dilakukan sebagai bentuk rahmat Allah SWT. 10 hari terakhir Ramadan sebagai fasa pembebasan dari api neraka. Seperti yang diriwayatkan oleh Salman al-Farisi RA: "Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya Maghfirah dan akhirnya pembebasan dari api neraka." 10 hari terakhir ini adalah penutup bulan Ramadan, sedangkan amalan bergantung pada penutup atau penghujungnya.

Puan Kamariah binti Derasol K.B.;P.A. turut berkongsi dalam majlis ilmu ini bagi amalan surah untuk keluarga buat anak dan suami yang boleh diamalkan untuk keberkatan dalam menjalani kehidupan seharian kita iaitu Surah Al-Fatihah sekali, Surah Al-Ikhlas tiga kali, Surah Al-Falaq sekali, Surah An Nas sekali, Yasin (58) 11 kali, dan Surah Al-Imran (200) tujuh kali.

Semoga Ramadan tahun ini memberikan kita kekuatan untuk melaksanakan amalan kebaikan dan ketakwaan kepada Allah SWT dan digolongkan sebagai hamba yang soleh dan solehah. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

 

 

 

Tarikh Input: 31/03/2024 | Kemaskini: 31/03/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeSAL~