Majlis Bacaan Yasin, Sambutan Ihya' Ramadhan Dan Sambutan Kelahiran Sukuan Pertama BKUPM | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Majlis bacaan Yasin, Sambutan Ihya' Ramadhan dan Sambutan Kelahiran Sukuan Pertama BKUPM

Majlis bacaan Yasin, Sambutan Ihya' Ramadhan dan Sambutan Kelahiran Sukuan Pertama BKUPM

SERDANG, 26 Mac - Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) di Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (BKUPM) telah mengadakan Majlis bacaan Yasin, Sambutan Ihya' Ramadhan dan Sambutan Kelahiran Sukuan Pertama buat warga BKUPM pada 7 Mac 2024 hari Khamis bermula jam 8.30 pagi sehingga 12.00 pagi yang bertempat di Auditorium BKUPM.

Majlis bacaan Yasin diadakan sempena menyambut ketibaan bulan Ramadan yang mulia tahun 1445H/2024 dan memberikan manfaat kepada pembaca dan keluarga di dalam kehidupan dunia dan juga akhirat. Seramai 17 orang di BKUPM termasuk Ketua Bahagian BKUPM dan EXCO KKR BKUPM yang menghadiri majlis ini.

Tentatif majlis bermula pada 8.30 pagi dengan ketibaan warga BKUPM, 8.40 pagi mulai dengan bacaan Yasin dan 9.00 pagi ucapan Ketua Bahagian BKUPM atas sambutan kesyukuran ketibaan bulan Ramadhan dan mengucapkan selamat hari lahir kepada pekerja untuk Sukuan Pertama tahun 2024. Turut memaklumkan tahniah kepada EXCO KKR BKUPM baharu dan memberikan sokongan padu dalam meneruskan inisiatif program kebajikan dan rekreasi di BKUPM. Presiden KKR memperkenalkan kepada warga BKUPM bagi EXCO KKR mengikut peranan secara rasminya bagi tahun 2024-2026 seperti berikut;

Presiden : Encik Mohamad Shafiq bin Mahadi
Timbalan Presiden : Puan Kemelia binti Omar
Setiausaha : Puan Ayna Marliana binti Mohamad Sari
Bendahari : Puan Diyana binti Paimon
Timbalan Bendahari : Encik Ahmad Fariz Firdaus bin Ahmad Saupi


Majlis diteruskan dengan Sambutan Hari Lahir Sukuan Pertama tahun 2024 dengan meraikan Encik Mohamad Shafiq bin Mahadi, Encik Mohamad Za’im bin Rosli, Puan Anis Akmilah binti Mat Hassan, Puan Diyana binti Paimon dan Puan Noorihayatti binti Noorudin dan menyampaikan hadiah hari lahir. Sambutan seterusnya dengan penyampaian cenderahati kepada EXCO dan Ahli KKR sempena sambutan Ihya’ Ramadhan. Penutup majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan makan 'potluck'.

 

   

  

Tarikh Input: 31/03/2024 | Kemaskini: 31/03/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeVAJ~