MAJLIS DOA KESYUKURAN DAN SAMBUTAN KELAHIRAN Q2 BAHAGIAN KAUNSELING UPM | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » MAJLIS DOA KESYUKURAN DAN SAMBUTAN KELAHIRAN Q2 BAHAGIAN KAUNSELING UPM

MAJLIS DOA KESYUKURAN DAN SAMBUTAN KELAHIRAN Q2 BAHAGIAN KAUNSELING UPM

UPM Serdang, 3 Julai - Majlis Doa Kesyukuran dan Sambutan Kelahiran Sukuan Kedua Bahagian Kaunseling UPM adalah aktiviti berkala yang dijalankan oleh Kelab Kebajikan dan Rekreasi untuk menghargai dan mengeratkan hubungan persahabatan antara ahli kelab. Aktiviti ini merupakan insiatif yang sangat baik dalam memberi ruang kepada ahli kelab meningkatkan motivasi kerja pasukan dan meraikan sambutan kelahiran ahli kelab mengikut suku tahunan.

Majlis ini dijalankan pada 27 Jun 2023 hari Selasa bermula jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi yang bertempat di Auditorium Bahagian Kaunseling UPM. Aktiviti yang dijalankan dalam majlis ini adalah bacaan doa kesyukuran yang telah disampaikan oleh Pegawai Psikologi UPM, Encik Mohamad Za’im bin Rosli, ucapan santai Ketua Bahagian, Dr. Mazila binti Ghazali, jamuan makan yang berkonsepkan 'Potluck', sambutan hari kelahiran, pemberian hadiah dan cenderahati bertemakan 'Pengorbanan'.

 

Gambar: Bacaan Doa Kesyukuran disampaikan oleh Encik Mohamad Za’im bin Rosli dan Ucapan Ketua Bahagian, Dr. Mazila binti Ghazali.

 

Majlis ini menjalankan sambutan kelahiran buat Encik Haniff bin Abdullah Hashim, Puan Wan Azurani binti Wan Ahmad dan Puan Izwana binti Ismail. Cenderahati bertemakan 'Pengorbanan' telah diberikan kepada semua ahli kelab, kaunselor pelatih dan tukang cuci di Bahagian Kaunseling UPM. Seramai 21 orang warga Bahagian Kaunseling UPM turut terlibat dalam menjayakan majlis ini. Impak program ini adalah menimbulkan perasaan gembira dan suka buat semua warga Bahagian Kaunseling UPM.

  

Gambar: Sambutan kelahiran (dari kiri Puan Izwana, Encik Haniff dan Puan Wan Azurani) dalam sukuan kedua di Bahagian Kaunseling UPM dan aneka ‘Pot Luck’.

  

Gambar: Tanda kenangan pemberian cenderahati buat warga Bahagian Kaunseling UPM.


Puan Syarifah Sheril Azlin binti Syed Baharin selaku Kaunselor UPM, wakil daripada Kelab Kebajikan dan Rekreasi Bahagian Kaunseling UPM menyatakan “harapan semoga dengan adanya majlis sebegini ianya dapat mengukuhkan permuafakatan dan memantapkan jalinan ukhuwah antara kita”.

 

Tarikh Input: 31/07/2023 | Kemaskini: 31/07/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXFBBAr~