MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH WRITE UP STORY 2023 | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH WRITE UP STORY 2023

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH WRITE UP STORY 2023

Oleh : Puan Anis Akmilah binti Mat Hassan (K.B,P.A)

SERDANG, 21 Jan - Majlis Penyampaian Hadiah Write Up Story 2023 merupakan Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang yang telah terpilih dalam Write Up Story tahun 2023 yang diadakan sempena Kempen Anti Koyak : Semangat Juang Tepis Halangan yang bermula pada Ogos 2023. Majlis Penyampaian Hadiah ini dilaksanakan pada 12 Januari 2023 bermula jam 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi yang bertempat di Auditorium, Bahagian Kanseling UPM.

Program ini merupakan satu aktiviti bermanfaat buat pelajar meluahkan pemikiran serta emosi melalui penulisan.

Nama-nama pemenang yang terpilih adalah seperti berikut;
Tempat 1 : RASYIDAH ARINA BINTI RAMLI (225558)
Tempat 2 : TAN KAE HUEY (GS68197)
Tempat 3 : STEPHANIE NGU MOON CHI (S34950)
Tempat 4 : NURNABILAH BINTI YAHYA (222361)
Tempat 5 : SARINIA A/P SEEGAR (225642)

Sebanyak 35 karya telah diterima sejak Ogos sehingga Disember 2023 yang dimuat naik di Saluran Telegram, Healing With Counselor yang juga ditubuhkan melalui kempen yang sama.

Impak Program adalah untuk menyediakan ruang kepada peluahan idea, imaginasi dan perasaan melalui penulisan. Setiap pembaca dapat memahami dan mempelajari daripada hasil penulisan yang dikongsikan oleh setiap penulis.

Penyelaras Write Up Story, Puan Anis Akmilah Mat Hassan menyatakan “Bersyukur kerana majlis penyampaian hadiah dapat berjalan lancar. Semoga hasil penulisan yang telah dihantar oleh penulis-penulis dapat sampai kepada semua pelajar UPM, khususnya yang sedang mencari semangat dan motivasi dalam mengejar cita-cita di UPM. Selamat maju jaya, teruskan semangat dan cemerlang di masa hadapan. Kami akan adakan pelbagai aktiviti menarik lagi pada masa akan datang, tunggu tau!"

Jom ikut kami di laman web rasmi Bahagian Kaunseling UPM di www.bkupm.edu.my

  

   

 

 

Tarikh Input: 31/01/2024 | Kemaskini: 31/01/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXFBEAa~