Majlis Persaraan Tautan Kasih Puan Norizah Kasan | BAHAGIAN KAUNSELING UPM bkupm
» BERITA » Majlis Persaraan Tautan Kasih Puan Norizah Kasan

Majlis Persaraan Tautan Kasih Puan Norizah Kasan

UPM Serdang, 7 Ogos – Majlis ini adalah merupakan majlis persaraan buat Puan Norizah Kasan yang telah berkhidmat di Bahagian Kaunseling sejak tahun 2003 lagi. Majlis ini dijalankan dengan penuh suasana yang harmoni iaitu imbas kembali kenangan bekerja bersama Puan Norizah Kasan, penyampaian cenderamata beg bagasi, telekung siti khadijah, gambar berbingkai sebagai tanda kenangan persaraan, serta jamuan makan di Park John Steamboat di IOI Mall Putrajaya dan ini merupakan hasil sumbangan warga BKUPM. Majlis ini diadakan pada 2 Ogos 2023 di Auditorium BKUPM & Park John Steamboat, IOI Mall Putrajaya bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang. Majlis ini diadakan untuk meraikan persaraan Puan Norizah Kasan dan jadikan pengalaman indah untuk buat kali terakhir beliau sebagai warga kerja Bahagian Kaunseling.

  

Gambar: Staf hadir ke Majlis di Auditorium Bahagian Kaunseling UPM (Kiri), Puan Norizah binti Kasan (Tengah), Cenderamata diserahkan oleh Ketua Bahagian  kepada pesara (Kanan)

17 orang yang telah hadir dalam majlis berkenaan. Semua warga BKUPM berasa sedih dengan persaraan Puan Norizah Kasan, namun ikatan ukhuwah yang terjalin dan personalitinya menjadi penguat semangat dan motivasi serta memori indah kepada semua warga BKUPM untuk terus beri komitmen yang tinggi untuk bekerja akan datang.

Dalam ucapan persaraan buat Puan Norizah Kasan, Puan Noorihayatti telah memberikan kata-kata yang sangat memberi inspirasi buat semua iaitu 'Puan Norizah ini kita boleh B.E.S.T padanya. B adalah seorang yang baik dan sentiasa boleh bekerjasama, E pula adalah pelbagai emosi boleh dikongsikan bersama Puan Norizah sepanjang berkawan, S adalah 'Sayang' iaitu perkataan yang kita tak kan dengar lagi selepas ini dari Puan Norizah (Puan Norizah terkenal dengan panggilan sayang kerana semua orang dipanggil sayang), dan akhir sekali adalah T - Terima kasih atas segala bantuan dan persahabatan daripada Puan Norizah.' Suasana pilu dan hiba diakhir ucapan ini.

Dengan harapan majlis perpisahan dan penganugerahan kepada pekerja perlu terus kekal dilaksanakan di setiap jabatan atas sebagai tanda penghargaan khidmat bakti dengan terpuji oleh pesara.

   

Gambar: Puan Norizah memberi ucapan buat kali terakhir sebelum bersara (Kiri), Jamuan bersama pesara di Ioi Mall Putrajaya (Tengah), Paparan sistem e-Perakam Waktu persara sewaktu menekan klik keluar pada hari persaraan beliau (Kanan)

Tarikh Input: 31/08/2023 | Kemaskini: 31/08/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
X, (05:48:31pm-05:53:31pm, 09 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]