MAJLIS SAMBUTAN IHYA RAMADHAN DAN HARI KELAHIRAN STAF Q1 BKUPM 2025 | BAHAGIAN KAUNSELING UPM bkupm
» BERITA » MAJLIS SAMBUTAN IHYA RAMADHAN DAN HARI KELAHIRAN STAF Q1 BKUPM 2025

MAJLIS SAMBUTAN IHYA RAMADHAN DAN HARI KELAHIRAN STAF Q1 BKUPM 2025

Oleh: Puan Ayna Marliana binti Mohamad Sari, Setiausaha KKR

UPM SERDANG, 28  Februari - Majlis Sambutan Ihya’ Ramadhan dan Hari Kelahiran Sukuan Pertama Bahagian Kaunseling UPM tahun 2025 adalah aktiviti berkala yang dijalankan oleh Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) untuk menghargai dan mengeratkan hubungan persahabatan antara ahli kelab. Aktiviti ini merupakan insiatif yang sangat baik dalam memberi ruang kepada ahli kelab meningkatkan motivasi kerja pasukan dan meraikan sambutan kelahiran ahli kelab mengikut suku tahunan.

Majlis ini dijalankan pada 26 Februari 2025 hari Rabu bermula jam 8.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari bertempat di Auditorium Bahagian Kaunseling UPM. Majlis dihadiri oleh warga staf BKUPM dengan jumlah 18 orang termasuk seorang pelajar latihan industry. Majlis disempurnakan dengan permulaan ucapan Presiden KKR, Encik Shafiq seterusnya ucapan oleh Ketua Bahagian, Dr. Mazila dan disertai bacaan doa oleh Encik Redzuan. Bersempena sambutan ihya’ ramadhan yang akan tiba, ahli dan exco KKR turut mendengar perkongsian ilmu Sinar Ramadhan yang bermanfaat daripada Encik Mohamad Za’im. Semoga kita menambah amal ibadah, memperoleh pahala dan kemanisan sepanjang menjalani ibadah puasa ini.

Majlis turut meraikan hari kelahiran staf BKUPM bagi sukuan pertama bagi bulan Januari hingga Mac 2025 iaitu kepada Encik Shafiq, Encik Za’im, PuanAnis, Puan Diyana dan Puan Noorihayatti. Seterusnya, aktiviti seperti penyampaian cenderahati ihya’ ramadhan kepada semua warga BKUPM. Majlis diteruskan dengan sesi bergambar dan makan tengah hari yang berkonsepkan menu makanan melayu seperti nasi lemak, sup kambing, kuih-muih tradisional dan pelbagai juadah menarik dan lazat yang dihidangkan bersama.

Sesungguhnya kenangan ini memang manis dan terindah yang tidak boleh dilupakan warga staf BKUPM.

 

  

 

 

Tarikh Input: 28/02/2025 | Kemaskini: 01/03/2025 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
X, (07:53:09pm-07:58:09pm, 25 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]